Sanggupkah kita melepaskan dia yang kita benar-benar kita cintai? –
satu persoalan yang rasanya tidak perlulah ditanya, kerana sudah terang
dan nyata jawapannya, TIDAK SANGGUP!
- Di dalam percintaan, satu perbuatan yang sangat mulia adalah
mencintai seseorang itu dengan sepenuh hati dan rela berkorban apa saja
demi untuk dia bahagia sepanjang dia menjadi milik kita selamanya.
- NAMUN, sebenarnya… adalah lebih mulia dan tinggi nilai cinta
sekiranya anda dapat melepaskan dia pergi untuk menimba pengalaman di
dalam perhubungan baru dengan orang yang boleh memberi cinta yang jauh
lebih baik dari kita.
Ianya satu pengorbanan yang teramat besar kerana, melepaskan orang
yang kita cinta, sewaktu kita sama-sama masih cinta adalah sesuatu yang
amat susah untuk dilakukan…
Perbuatan ini juga menunjukkan yang anda adalah seorang yang tidak pentingkan diri sendiri,
kerana, itulah lambang cinta yang sebenarnya cinta! Meletakkan orang
yang kita cintai di depan dan dahulu dari hati serta perasaan kita…
- Sudah tentu seseorang akan menghormati tindakan kita bila kita
bersungguh-sungguh cuba untuk memenangi hatinya, memikat dia
sehabis-habisan. Akan tetapi, anda akan lebih dihormati ramai jika anda
meletakkan kebahagiaan dia terlebih dahulu dari kebahagiaan anda.
Persoalannya sekali lagi, sanggupkah kita membiarkan dia bahagia
dengan pilihan hatinya, pilihan yang boleh dikatakan membahagiakannya,
sedangkan kita tahu kita juga boleh membahagiakan dirinya? Bagaimana
pula perasaan kita? hati dan jiwa yang sudah sekian lama menyintainya?
GAGAH DAN BERANI
Mungkin anda akan berkata, “tak nak lah bro, tak mungkin I nak lepaskan dia!” – I faham, mungkin anda tidak mempunyai keberanian atau tidak gagah untuk menghadapinya.
Tetapi percayalah, jika anda sanggup diri terluka,
rela hati anda mengecapi kecewa… anda akan dapati diri anda akan menjadi
jauh lebih gagah dari biasa dan penuh dengan ketabahan!
- Hilang orang yang dicintai ini bukan main-main dan bukan
calang-calang kesannya. Tetapi itu lah satu perbuatan mulia dari diri
kita yang merendah diri menyayanginya… setelah berbagai usaha dilakukan,
inilah sahaja yang dapat kita berikan demi kebahagiaan dia yang kita
cintai!
Itulah setinggi-tinggi pengorbanan… buat dia yang tersayang. Mungkin
hari ini kita kehilangan cinta, melepaskan dia pergi, melepaskan sebuah
cinta abadi… namun, sebenarnya kita sedang membina sebuah cinta yang
jauh lebih abadi di dalam diri yang hakiki…
Luka yang terhiris di jiwa, mengingatkan mu saat kau
kehilangannya… mungkin berzaman, namun ia sembuh jua, parut itu
mengingatkan mu sejarah lalu, yang mengajar mu erti cinta yang
sebenarnya, dan pabila kau mendirikan rumahtangga, kau akan lebih
bahagia!