Tuesday, 8 May 2012
MENYAMBUT KETIBAAN JUMAAT
Sebaik saja kita mendengar Azan SoLat Maghib dikumandangkan sebagai tanda masuknya maLam Jumaat maka segeraLah kita menyambutnya dengan penuh gembira dengan ucapan yang diajar oLeh Baginda Rasulullah s.a.w :
"Haazihi LaiLatun Gharra'u wa Yaumun Azhar"
'IniLah MaLam yang penuh muLia dan hari yang penuh indah' (yang aku nanti-nantikan)
Kemudian kita pergi ke Masjid untuk menunaikan soLat Maghrib berjemaah dengan berjaLan kaki atau berkenderaan sambiL membaca doa yang diajar oLeh baginda sallallahu 'alaihi wasallam kerana faedah doa ini cukup banyak iaitu didoakan rahmat oLeh 70 000 MaLaikat.
" Ya ALLAH, dengan kebenaran orang-orang yang memohon kepada-Mu, dengan kebenaran perjaLananku ini, sesungguhnya aku keLuar bukan kerana bongkak dan sombong, dan bukan kerana menunjuk2 dan untuk dipuji orang, aku keLuar semata-mata untuk menghindari kemukaan-Mu dan untuk menuntut keredhaan2-Mu, oLeh itu aku memohon kepada-Mu agar Engkau meLindungiku daripada api neraka, dan Engkau mengampunkan segaLa dosaku, sesungguhnya tidak ada sesiapa lagi yang mengampunkan dosa-dosa meLainkan Engkau." Aamiin ♥
[ Imam Ahmad, Ibnu Khuzaimah, Al-Targhib wa Al-Tarhib 3/119, Nataaij Al-Afkar 1/279, Misbah Al-Zujaajah 1/98, dll ]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)































