Friday, 25 May 2012
PAHALA MEMBANTU TETANGGA DAN ANAK YATIM
Pada suatu masa ketika Abdullah bin Mubarak berhaji, tertidur di Masjidil
Haram. Dia telah bermimpi melihat dua malaikat turun dari langit lalu yang satu
berkata kepada yang lain, "Berapa banyak orang-orang yang berhaji pada
tahun ini?"
Jawab yang lain, "Enam ratus ribu."
Lalu ia bertanya lagi, "Berapa banyak yang diterima ?"
Jawabnya, "Tidak seorang pun yang diterima, hanya ada seorang tukang
sepatu dari Damsyik bernama Muwaffaq, dia tidak dapat berhaji, tetapi diterima
hajinya sehingga semua yang haji pada tahun itu diterima dengan berkat hajinya
Muwaffaq."
Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar percakapannya itu, maka terbangunlah
ia dari tidurnya, dan langsung berangkat ke Damsyik mencari orang yang bernama
Muwaffaq itu sehingga ia sampailah ke rumahnya. Dan ketika diketuknya pintunya,
keluarlah seorang lelaki dan segera ia bertanya namanya.
Jawab orang itu, "Muwaffaq."
Lalu abdullah bin Mubarak bertanya padanya, "Kebaikan apakah yang
telah engkau lakukan sehingga mencapai darjat yang sedemikian itu?"
Jawab Muwaffaq, "Tadinya aku ingin berhaji tetapi tidak dapat kerana
keadaanku, tetapi mendadak aku mendapat wang tiga ratus diirham dari
pekerjaanku membuat dan menampal sepatu, lalau aku berniat haji pada tahun ini
sedang isteriku pula hamil, maka suatu hari dia tercium bau makanan dari rumah
jiranku dan ingin makanan itu, maka aku pergi ke rumah jiranku dan menyampaikan
tujuan sebenarku kepada wanita jiranku itu.
Jawab jiranku, "Aku terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak-anak
yatimku sudah tiga hari tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari makanan
untuk mereka. Tiba-tiba bertemulah aku dengan bangkai himar di suatu tempat,
lalu aku potong sebahagiannya dan bawa pulang untuk masak, maka makanan ini
halal bagi kami dan haram untuk makanan kamu."
Ketika aku mendengar jawapan itu, aku segera kembali ke rumah dan mengambil
wang tiga ratus dirham dan keserahkan kepada jiranku tadi seraya menyuruhnya
membelanjakan wang itu untuk keperluan anak-anak yatim yang ada dalam jagaannya
itu.
"Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku." Kata Muwaffaq
lagi.
Demikianlah cerita yang sangat berkesan bahawa membantu jiran tetangga yang
dalam kelaparan amat besar pahalanya apalagi di dalamnya terdapat anak-anak
yatim.
Rasulullah ada ditanya, "Ya Rasullah tunjukkan padaku amal perbuatan
yang bila kuamalkan akan masuk syurga."
Jawab Rasulullah, "Jadilah kamu orang yang baik."
Orang itu bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui
bahawa aku telah berbuat baik?"
Jawab Rasulullah, "Tanyakan pada tetanggamu, maka bila mereka berkata
engkau baik maka engkau benar-benar baik dan bila mereka berkata engkau jahat,
maka engkau sebenarnya jahat."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)































