Komplikasi
Laparascopy, walaupun di kategorkan sebagai
prosedur kecil, ia juga tidak terlepas dari komplikasinya yang
tersendiri, walaubagaimanapun ia jarang berlaku.
Komplikasi termasuklah:
- Luka pada pundi kencing, usus dan salur kencing
- Luka pada salur darah
- Perdarahan dalaman
- Jangkitan kuman
- Reaksi terhadap ubat bius
- Hernia
Selepas laparascopy
Selepas
laparoscopy, anda mungkin akan merasa sedikit sengal untuk 1 minggu.
Selalunya anda boleh kembali kerja selepas 2-3 hari sekiranya tiada
pembedahan dibuat. Sekiranya terdapat masalah semasa laparoscpy seperti
ovarian cyst, endometrisis atau masalah pada salur peranakan pembedahan
selalunya akan dibuat dalam masa yang sama semasa prosedur.