Primary dysmenorrhoea ialah sengugut yang sering berlaku pada wanita berusia diantara 20-24 tahun. Ia selalunya hilang 1-2 tahun kemudian selepas imbangan hormon menjadi normal. Secondary dysmenorrhea adalah keadaan dimana sakit senggugut disebabkan oleh masalah pada organ reproduksi.
Monday, 25 June 2012
Masalah Senggugut
Masalah Senggugut
Ramai wanita yang mengalami sakit semasa haid dari masa kesemasa. Sakit
semasa haid adalah salah satu sebab wanita berjumpa dengan doktor dan
mendapat cuti sakit. Kebanyakannya, sakit tidaklah begitulah teruk dan
terjadi sekali sekala sahaja. Walaubagaimanapun, bagi segelintir wanita
kedatangan haid begitu memberikan kesakitan amat ketara sehingga
memberikan gangguan terhadap kehidupan harian mereka.
Secara fisiologinya, semasa terjadinya haid, dinding rahim akan
mengeluarkan hormon yang dipanggil prostglandin yang menyebabkan otot
rahim menjadi kejang.Ramai mereka yang mengalami senggugut yang
keterlaluan didapati merembeskan hormon prostagladin secara berlebihan.
Sengugut
sangat kerap terjadi semasa usia remaja dan awal 20’an. Ia juga kerap
berlaku pada mereka yang baru mengalami haid pertama.Primary dysmenorrhoea ialah sengugut yang sering berlaku pada wanita berusia diantara 20-24 tahun. Ia selalunya hilang 1-2 tahun kemudian selepas imbangan hormon menjadi normal. Secondary dysmenorrhea adalah keadaan dimana sakit senggugut disebabkan oleh masalah pada organ reproduksi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)































