Gejala Ovarian Cysts
Ia pada umumnya tidak memberikan
sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan
perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut.
Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:
- Sakit perut
- Rasa perut penuh dan tak selesa
- Rasa berat pada ari-ari
- Sukar atau kerap kencing
- Sakit semasa hubungan seks
- Muntah dan loya.
Diagnosa
Diagnosa
Cyst selalunya dibuat secara tidak sengaja, iaitu semasa pemeriksaan
pelvis atau pemeriksaan faraj. Ovarian cyst dengan senang dapat di buat
dengan mengunakkan mesin ultrasound, disamping itu, ultrasound juga
boleh memberikan maklumat tentang saiz, lokasi dan kandungan cyst
tersebut.
Ovarian Cyst dan masalah ketidak-suburan
Bagi
kebanyakkan wanita, kehadiran cyst tidak banyak memberi kesan kepada
keupayaan untuk hamil kerana ia selalunya kecil dan tidak akan menganggu
proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekiranya anda mengalami
endometriosis atau PCOS ia mungkin berkait rapat dengan masalah
ketidak-suburan anda.
Rawatan
Bergantung kepada jenis cyst
itu sendiri. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang
biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau
samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk. Bagi mereka yang
mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik.
Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada
sesetengah wanita.