Pelajaran dan masa
Sebagai seorang pelajar, masa merupakan
salah satu faktor terpenting yang perlu diambil perhatian sewajarnya.
Dengan adanya masa akan membolehkan seseorang pelajar menjalankan
aktiviti pembelajaran mereka dan aktiviti yang berfaedah yang boleh
menjamin kearah kebahagiaan masa depan mereka. Sehubungan dengan itu,
masa merupakan satu modal atau saham yang sangat berharga kepada
seseorang pelajar. Oleh yang demikian, pelajar yang bercita-cita tinggi
untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka baik di dunia dan akhirat
haruslah bijak menguruskan masa yang mereka punyai.
Teknik menguruskan masa belajar
Di antara cara yang boleh dilakukan bagi
menguruskan masa dengan cara yang baik, berkesan dan sempurna ialah
dengan membuat jadual waktu. Jadual waktu ini bukanlah jadual waktu
mingguan yang tetap seperti yang disediakan dan boleh dipunyai oleh
kebanyakan pelajar hari ini. Ia merupakan satu senarai aktiviti yang
perlu anda lakukan untuk hari itu atau hari esok. Senarai ini mestilah
bersesuaian dengan aktiviti pembelajaran anda seperti kerja rumah yang
perlu disiapkan, mata pelajaran hari ini dan esok dan kerja-kerja lain
yang perlu anda lakukan.Perlu diingatkan bahawa kelemahan mempunyai
sebuah jadual waktu mingguan yang tetap sebagaimana yang dipunyai oleh
kebanyakan pelajar hari ini ialah terlalu sukar untuk melaksanakan
kerana keadaan yang rigit dan tidak mengambil kira aktiviti penting
semasa.
Kepentingan jadual waktu
Bagi memberikan kesedaran dan
galakankepada setiap pelajar agar melakkukan pengurusan masaberkesan dan
membuat jadual waktu, berikut diberikan perbincangan ringkastentang
kepentingan menyediakan dan mempunyai jadual waktu.Terdapat beberapa
kepentingan, faedah dan keutamaan yangpelajar akan perolehi apabila
mereka menyediakan dan mempunyai sebuah jadual waktu pembelajaran.
Antaranya ialah:
- Dapat menilai kembali apakah yang telah mereka lakukan.
- Dapat menilai sama ada aktiviti yang mereka lakukan itu memberikan faedah atau tidak.
- Dapat menguruskan masa yang dipunyai dengan cara yang berkesan dan memberikan faedah paling optimum.
- Dapat menjalankan kebanyakan aktiviti yang dirancang setiap hari.
- Dapat melatih mendisplinkan diri pelajar dalam
menepati masa. Keadaan ini membolehkan mereka mengamalkan cara hidup
yang lebih sempurna.
- Dapat mempelbagai aktiviti yang perlu mereka lakukan.
Ini perlu dilakukan bagi menjamin dan membolehkan mereka menjadi seorang
yang serba boleh.
- Dapat mendorong ke arah pencapaian kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang mereka ceburi, baik kehidupan dunia atau akhirat.
- Dapat mengelakkan amalan suka bertangguh untuk
melakukan sesuatu tugas atau aktivitiyang lebih digemari dan mengabaikan
pula aktiviti lain yang berguna.
- Menyedarkan diri cara mengurus masa berkesan.
- Dapat mengimbangkan pembahagian masa terhadap pelbagai jenis aktiviti yang akan dilakukan.
Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan jadual waktu.
Penyusunan jadual waktu yang disediakan
agar mencapai tujuannya hendaklah jadual itu mempunyai ciri-ciri yang
baik dan sempurna. Antara yang perlu dipertimbangkan adalah;
- Tentukan tujuan dan objektif penyediaan dan kegunaan jadual itu.
- Fikirkan aktiviti yang anda lakukan sesuai dengan tujuan dan objektif yang dinyatakan.
- Pertimbangkan dengan sewajarnya tentang aktiviti yang perlu dilakukan sebagai pelajar.
- Berikan keutamaan kepada aktiviti yang akan dilakukan pada pagi, petang dan malam sebagai seorang pelajar.
- Pertimbangkan jumlah masa yang perlu diperuntukkan
bagi setiap aktiviti. Utamakan mata pelajaran yang dianggap susah atau
kurang diminati.
- Nyatakan jenis mata pelajaran yang perlu diulangkaji
atau disediakan mengikut keutamaan atau mengikut kesesuaian anda sebagai
seorang pelajar.
- Susun mata pelajaran yang perlu diulangkaji dengan sebaiknya agar tidak mengelirukan.
- Peruntukan jumlah masa bagi membuat tugasan seperti kerja sekolah, kerja rumah, membuat nota dan sebagainya.
- Pelajar perlu memberikan keutamaan aktiviti yang lebih penting untuk dilaksanakan terlebih dahulu.
- Jangan lupa masa rehat juga perlu difikirkan.
Jenis jadual waktu yang perlu disediakan.
Terdapat berbagai-bagai jenis jadual
waktu yang perlu disediakan oleh seseorang pelajar, sesuai dengan tujuan
mengapa mereka pergi ke sekolah. Antaranya termasuklah;
- Jadual waktu tahunan ( rancangan untuk aktiviti setahun)
- Jadual waktu mingguan ( rancangan untuk aktiviti seminggu )
- Jadual waktu harian ( rancangan untuk aktiviti setiap hari )