Apakah simptom yang dihadapi wanita?
Kebanyakkan wanita tidak
mengetahui mereka mempunyai fibroid kerana ia jarang memberikan masalah
tetapi sekiranya ia terlalu besar dan berada pada ruang saluran, pesakit
akan mengalami:
- Sakit semasa haid (senggugut)
- Sakit belakang
- Haid yang banyak
- Sembelit
- Kencing kerap
- Keguguran yang kerap
- Sukar mengandung
Bagaimana fibroid dapat dikesan?
Kebanyakkan
fibroid dikesan secara tidak sengaja kerana ia sering tidak memberi
sebarang gejala. Sekiranya anda merasa sesuatu bengkak pada bahagian
bawah perut, berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui punca pada
bengkak tersebut. Ujian ultrasound scan dengan senang akan dapat
membezakan samada bengkak itu berasal dari firoid atau ovari.