Syarat-syarat yang perlu ada sebelum melakukan sujud tilawah:
Wednesday, 27 June 2012
Sujud Tilawah
Ramai yang tidak mengetahui apakah itu
sujud tilawah walaupun sering mendengarnya. Sujud tilawah terdiri daripada
beberapa perkara yang mesti diketahui, termasuklah istilah, syarat, rukun, dan
perkara sunat.
Istilah:
Sujud tilawah adalah sujud yang dilakukan di
luar sembahyang apabila kita berjumpa dengan ayat-ayat sajdah, sama ada dibaca
oleh diri sendiri atau didengar daripada orang lain.
Namun begitu sebarang bentuk rakaman
seperti CD, kaset, TV, video, dan sebagainya, harus hukumnya melakukan sujud
tilawah mahupun bertasbih. Harus di sini bermaksud pahala tiada, dosa pun
tiada.
Ayat sajdah ialah ayat yang mempunyai perkataan sujud di
dalamnya yang membawa maksud tertentu. Bagi kita orang Melayu yang tidak faham
bahasa Al-Quran, terdapat cara yang tertentu untuk kita mengenali ayat-ayat
sajdah ini.
Jika dalam Mashaf Uthmani (Quran Al-Karim), terdapat tanda
seakan-akan kubah masjid di tempat yang perlu dilakukan sujud tersebut.
Manakala bagi Quran Al-Majid (Quran lama) pula, ditulis perkataan ‘sajdah‘
di bahagian tepi ayat tersebut dalam tulisan jawi.
Syarat:
Syarat-syarat yang perlu ada sebelum melakukan sujud tilawah:
1.
Ayat itu hendaklah
dibaca sehingga habis. Untuk memudahkan kita,
pihak pencetak Quran telah membuat tanda kubah masjid (bagi Mashaf
Uthmani) atau perkataan ‘sajdah‘ (bagi Quran Al-Majid). Jangan sekali-kali sujud sebelum sampai kepada tanda
tersebut.
2.
Suci dari hadas,
iaitu tutup aurat dan berwudhuk. Sekiranya tiada
wudhuk, dan tiada juga niat dari awalnya (contohnya kita terdengar
seseorang membacanya), sujud tilawah ini boleh digantikan dengan tasbih 4x
(SuhanaLlah walhamduliLlah walailahaillaLlah waLlahuakbar). Pahalanya pula sama dengan sujud tilawah yang sempurna.
3.
Tidak lama masa di
antaranya, iaitu antara bacaan ayat sajdah tersebut
dengan sujud
tilawah yang hendak kita lakukan itu.
4.
Mengadap kiblat. Tidak mengapa sekiranya ayat itu dibaca
dengan tidak
mengadap kiblat, cuma alihkan Quran (sekiranya ada) dan pusingkan tubuh
supaya mengadap kiblat sebelum melakukan sujud tilawah.
Rukun:
Rukun adalah perkara yang mesti dilakukan
untuk menjadikan perbuatan kita ini adalah sujud tilawah. Tinggal salah satu
bermakna tiadalah fadhilat yang akan kita perolehi. Boleh jadi
jatuh kepada berdosa pula.
1.
Niat beserta takbiratul ihram
2.
Berdiri atau duduk
3.
Sujud sekali
4.
Salam pertama
Antara
Perkara Sunat:
1.
Angkat kedua-dua
belah tangan ketika takbiratul ihram
2.
Bertakbir (Allahu Akbar) ketika turun untuk sujud
3.
Membaca ayat sujud sajdah: ‘Sajada wajhialillazi…‘
4.
Bertakbir ketika bangkit dari sujud
5.
Salam yang kedua
Fadhilat:
1.
Syaitan menangis
semasa kita sujud. Diceritakan dalam hadith dari Abu
Hurairah (r.a.): Ertinya “Apabila anak
Adam membaca ayat sajdah, dan ia sujud, maka Syaitan akan melarikan dirinya
serta menangis lalu berkata: celaka ia, diperintah untuk sujud lalu ia sujud,
dan baginya Syurga, dan aku pernah disuruh sujud tapi aku enggan dan bagiku
neraka” (Riwayat Muslim, Kitab al-Iman, no 133; dan Ibn Majah)
2.
Salah satu cara
untuk mendapatkan khusyuk dalam solat.
3.
Salah satu cara
untuk mendekatkan diri dengan Tuhan. Ini kerana
sehina-hina dan serendah-rendah martabat kita
adalah sewaktu kita sujud kepada-Nya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)































