Saturday, 7 July 2012
Akibat Bercinta Sebelum Kahwin...
Sempena mengambil ikhtibar
beberapa percintaan tergadai!!!
Nafsu sungguh jahat, syaitan
amat menipu
Di akhir zaman ini ramai orang
berkahwin berkenalan-kenalan
Dan bercinta-cinta lebih
dahulu
Sebelum berkahwin di waktu
bercinta semuanya indah-indah belaka
Tidak ada yang susah, tidak
ada masalah
Semuanya baik walaupun jelik,
sekalipun menyusahkan, tapi indah
Di masa itu kentutnya pun
wangi, peluhnya pun harum mengalahkan atar
Tapi setelah berkahwin, tidak
sampai setahun
Tiga bulan sahaja yang dahulu
bukan masalah sekarang masalah
Dahulu yang busuk berbau
harum, sekarang yang harum berbau busuk
Sekalipun atar pilihannya
yang dipakai namun baunya menyakitkan
Dahulu yang diminta perkara
susah bukan masalah
Sekarang yang mudah satu
kewajipan pula dianggap masalah
Dahulu cinta itu dirasakan
sampai ke sudah
Rupanya sebelum separuh jalan
punah
Dahulu yang jahat pun
dianggap baik
Sekarang yang baik dianggap
jahat
Betapalah yang jahat terasa
berpuluh-puluh kali jahat dan menyusahkan
Perang mulut pun mula terjadi
Masing-masing saling
menunjukkan sikap bermusuhan
Kadang-kadang tidur pun
berasingan atau tidur membelakang
Dahulu marahnya pun indah
Sekarang senyumnya pun pahit macam
jadam
Masing-masing bawa diri, izin
-mengizin sudah tiada lagi
Makin bertemu perang
menjadi-jadi
Makin berjumpa maki
benci-membenci
Akibatnya pun sudah terjadi
pada suami isteri ini?
Kedua-duanya pergi jumpa tuk
khadi
Minta cerai katanya jodoh
sudah tidak ada lagi
Begitulah kesan cinta dahulu
sebelum kahwin
Indahnya dan manisnya sudah
habis barulah diijab kabulkan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)































