Saturday, 7 July 2012
Fosil Ikan Paus Gergasi Diselamatkan
LIMA, Peru - Sekumpulan ahli geologi berusaha sejak empat tahun lalu
untuk menyelamatkan fosil-fosil ikan paus gergasi di gurun Ocucaje 310
kilometer dari sini.
Ahli-ahli arkeologi itu membersihkan fosil itu dengan menggunakan
berus selain menggunakan campuran plaster untuk melindunginya daripada
retak.
Fosil-fosil itu terdedah selepas pasir yang menimbusnya terhakis akibat tiupan angin.
Menurut beberapa ahli geologi dari Institut Geologi Perlombongan dan
Kaji Logam (Ingement), kawasan 'perkuburan ikan paus itu' menjadi gurun
ekoran satu letusan gunung berapi yang memusnahkan semua kehidupan laut.
Ia tertanam selama tiga hingga 20 juta tahun lalu.
Menurut kajian 20 tahun lalu, seekor ikan paus sperma gergasi yang berjuta-juta tahun lalu berukuran 20 meter panjang.
- AFP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































