Mengekalkan berat badan adalah suatu perkara yang sukar serta memerlukan usaha yang kuat. Salah satu cara supaya berat badan tidak lagi melonjak setelah berjaya berdiet ialah dengan cara menitikberatkan cara pengolahan makanan. Berikut adalah tip cara mudah untuk mengekalkan berat badan.
- Elakkan mengolah makanan dengan cara menggoreng. Usahakan dengan cara merebus, menumis atau memanggang.
- Jangan 'mencuri-curi' makan ketika sedang memasak.
- Bersihkan lemak daging serta buang kulitnya.
- Gunakan dua putih telur sebagai ganti satu butir telur.
- Sediakan hidangan sederhana sahaja, sebagai contoh ialah sepotong ayam bersama sayuran tanpa sos sambal supaya nafsu makan anda tidak 'bergelora'.
- Segeralah masukkan sisa makanan ke dalam peti sejuk untuk membolehkan anda tidak tergoda untuk menghabiskannya.
- Sekiranya anda ingin menggunakan minyak, pilihlah minyak zaitun atau minyak bijan. Tetapi, penggunaan minyak haruslah dihadkan.
- Bersenamlah minimum tiga kali seminggu.
- Abaikan pil kurus. Anda tidak boleh menggantikan makanan sihat dan senaman hanya dengan sebiji pil kurus. Pil kurus bukanlah satu perkara yang baru, malah pengamal diet sudah mencuba beberapa jenis pil kurus namun kesannya cukup menakutkan.
- Anda tidak perlu selalu pergi bersenam ke gimnasium. Kajian menunjukkan bahawa aktiviti fizikal yang dilakukan selama 30 hingga 60 minit dalam sehari diperlukan untuk menyeimbangkan pengambilan makanan sihat. Oleh yang demikian, anda tidak perlulah bersenam secara ekstrem dan terus menerus dengan mengikuti kelab kecergasan. Apa yang paling penting adalah gerakkan badan anda supaya peluh anda dapat dikeluarkan.
































