
Semua manusia memerlukan tidur. Dengan tidur manusia dapat berehat. Dengan berehat manusia dapat hidup dengan lebih sihat dan cerdas. Dengan tidur manusia dapat beribadat kepada Allah dengan lebih khusyuk lagi.. TAPI INGAT! JANGAN SAMPAI TERLEBIH TIDUR..
Antara hadis yang menerangkan tentang adab tidur Rasulullah adalah dari riwayat Bukhari dan Muslim bermaksud:
“Jika kamu akan tidur maka berwudhuklah bagaikan kamu hendak solat, kemudian berbaring atas pinggang kanan dan bacalah doa ini (doa hendak tidur) dan jadikanlah bacaan doa itu yang terakhir daripada bacaanmu (perkataanmu).”
Hadis riwayat Hudzaifah pula:
“Apabila Rasulullah SAW berbaring di atas tempat tidurnya, maka Baginda berdoa: “Allahumma bismika amuutu wa ahyaa (Ya Allah, dengan Asma-Mu aku mati dan aku hidup).”
Dan jika bangun dari tidurnya beliau berdoa:
“Alhamdu lillaahill adzii ahyaanaa ba’da maa amaatanaa wa ilayhin-nu syuur (Segala puji bagi Allah, yang telah menghidup kan aku kembali setelah mematikan aku, dan kepada- Nya tempat kembali).” (HR. At-Tirmidzi).
Sebuah hadis menerangkan: Al-Barra’ bin Azib berkata: “Adalah Rasulullah SAW jika akan tidur, mengiring ke sebelah kanan kemudian Baginda membaca (yang bermaksud):
“Ya Allah aku serahkan diriku kepadaMu dan menghadapkan mukaku kepadaMu dan menyerahkan segala urusanku kepadaMu dan menyandarkan belakangku kepada-Mu kerana mengharap dan takut kepadaMu, tiada perlindungan dan tiada tempat yang selamat daripada seksaanMu melainkan kembali kepadaMu. Aku beriman kepada kitab yang Kau turunkan dan Nabi yang telah Kau utus.”
– (Hadis riwayat Bukhari).
Berikut adalah adab-adab yang perlu dilakukan sebelum tidur mengikut Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
1. Bersuci (berwudhu' dan bersiwak
2. Berniat utk melakukan ibadat (tahajjud dsb) di waktu bangun tidur nanti.
3. Jika ingin menuliskan wasiat utk keluarga, tulis sebelum tidur kerana kemungkinan kita meninggal dunia dlm tidur.
4. Hendaklah bertaubat sebelum tidur, bersih hati terhadap semua kaum muslimin, tiada menyimpan dendam dan berazam utk tidak melakukan maksiat apabila terbangun nanti.
5. Hendaklah jgn terlalu mengambil berat tentang tempat tidurnya supaya ianya empuk dan halus.
6. Jangan memaksa mata utk tidur jika tidak mengantuk, kecuali jika bermaksud utk senang bangun beribadah di waktu malam.
7. Hendaklah tidur dengan rusuk sebelah kanan menghadap ke arah kiblat. Tangan kanan letakkan di pipi.
8. Membaca surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, An-Nas, dan sesudah baca sembur ke tangan dan sapukan tangan pada wajah dan seluruh badan. Selanjutnya boleh membaca ayat kursi dan membaca Subhanallah 33 kali, alhamdulillah 33 kali, dan Allahu Akbar 33 kali.
9. Hendaklah mengingati bahawa tidur itu seperti mati, manakala bangunnya seakan ba'ats. Dan hendaklah menyakini pula bahawa manusia itu diwafatkan atas adat kebiasaannya, samada dalam hatinya mencintai ALlah ataupun bersarang di dalam hatinya cinta kepada dunia dan kelak ia akan dibangkitkan seperti ia dimatikan.
10. Berdoa ketika bangun tidur. hendaklah dimulakan dengan:
AlhamdulillaHillazii ahyaanaa ba'damaa amaatanaa wa ilaiHiinnusyuur.