Tuesday, 16 April 2013
Ibu Bekerja Mampu Cemerlang
‘BELAJAR dan bekerja setinggi mana pun, kalau sudah kahwin nanti tempat kamu sebagai wanita tetap di dapur juga.’
‘Kamu sudah ada anak, tak payahlah nak bekerja, duduk rumah jaga makan pakai suami dan anak-anak saja.’
Dua ayat di atas biasa didengar kerana ia kerap diucapkan oleh orang tua kita sebelum atau selepas anak perempuannya berkahwin. Pandangan seperti itu walaupun sudah dianggap klise, tetap melekat dan menjadi stigma dalam kalangan masyarakat. Susah mahu mengubah persepsi golongan seperti ini yang kurang terbuka dalam melihat susun atur seorang wanita yang sudah berkahwin tetapi pada masa sama, mempunyai kerjaya.
Salahkah wanita yang sudah berkahwin tetapi mahu terus bekerja? Di samping dapat membantu ekonomi keluarga, dia juga mampu berdikari sekiranya sesuatu perkara tidak diingini berlaku pada rumah tangganya kelak. Hal ini satu pilihan, sekiranya seseorang wanita itu mahu meneruskan kerjayanya selepas berkahwin dan diberi keizinan suami (bagi Muslim) selepas berbincang, teruskanlah serta begitu juga sebaliknya. Namun, dia harus bersedia dari segi fizikal dan mental untuk cabaran akan datang terutama memastikan diri mempunyai perancangan jangka panjang lebih-lebih lagi selepas melahirkan anak.
Bagaimanapun, boleh dikatakan wanita kini lebih berani dan bijak berbanding dulu kerana cekap membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga. Di samping itu, terdapat juga ibu berkerjaya yang mengalami kesukaran apabila membabitkan perkara ini lantas menimbulkan dilema. Namun, dia harus bersedia dari segi fizikal dan mental untuk cabaran akan datang terutama memastikan diri mempunyai perancangan jangka panjang lebih-lebih lagi selepas melahirkan anak. Bagaimanapun, boleh dikatakan wanita kini lebih berani dan bijak berbanding dulu kerana cekap membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga. Di samping itu, terdapat juga ibu berkerjaya yang mengalami kesukaran apabila membabitkan perkara ini lantas menimbulkan dilema.
Jurutera rangkaian komputer, Salinawati Mohd Salim, 33, berkata, sebelum memiliki anak mungkin segalanya mudah bagi seorang wanita berkerjaya namun ia berubah secara perlahan-lahan selepas itu. Jadual kerja yang tidak menentu dan ketiadaan penjaga untuk anak menjadi dua masalah besar yang dihadapi mereka pada zaman serba moden ini.
“Saya tidak terlalu mengalami kesukaran seperti itu kerana beberapa bulan sebelum melahirkan anak, kami sudah membuat perancangan dan mencari penyelesaian membabitkan penjaga bayi kami.
“Pada mulanya, saya akui memang susah nak mencari penjaga atau pengasuh yang sudi menjaga anak saya sekiranya saya dan suami terpaksa bekerja lebih masa.
Pelbagai usaha kami lakukan seperti bertanya kepada rakan.
“Syukur, segala urusan itu dipermudahkan apabila pengasuh anak saya sekarang begitu baik orangnya. Saya sayangkan kerja saya sekarang dan oleh kerana baru mempunyai seorang anak, tidak berbaloi rasanya untuk saya mengambil keputusan berhenti kerja buat masa ini,” katanya.
Cabaran lain juga timbul di tempat kerja bagi ibu yang menyusukan anak sepenuh masa. Ini kerana, mereka perlu memperuntukkan waktu tertentu untuk melakukan proses itu dan ia mungkin mengganggu urusan kerja harian sehingga kadang-kadang membuatkan rakan kerja lain tidak selesa. Justeru, amat penting bagi wanita untuk menerangkan sebab dan keperluan itu kepada majikan sekiranya perlu terbabit dalam beberapa urusan penting seperti mesyuarat agar mereka faham dan bersedia.
“Itu antara perkara penting yang saya lakukan sebab tidak mahu sebarang kesulitan di kemudian hari. Sebagai pekerja, kadang-kadang kita perlu bertindak tegas juga lebih-lebih lagi apabila membabitkan hal seperti ini.
“Bukan bertujuan mahu tunjuk pandai, tetapi sebagai cara menunjukkan kita juga ada hak bukan saja sebagai pekerja bawahannya, tetapi sebagai wanita dan ibu yang ada tanggungjawab. Selain itu, majikan juga seharusnya bertolak-ansur,” jelasnya.
Oleh kerana jadual kerjanya dan suami berbeza, Salinawati mengambil pendekatan berbincang dan belajar menghadapi sebarang kemungkinan bersama-sama. Malah, dia juga mengajar suaminya, Hafriz Kamal, memasak, menggosok dan menguruskan hal rumah ketika ketiadaannya. Perkara itu bukan bertujuan mahu membebankan suami, tetapi ia satu langkah harmoni yang diambil agar mereka boleh bekerjasama dalam menguruskan hal rumah tangga. Sikap saling faham memahami perlu sentiasa diterapkan di dalam diri dan beberapa pengorbanan juga harus dilakukan.
“Jelas sekali, selepas berkahwin kehidupan kita berubah kerana tanggungjawab yang dipikul semakin bertambah. Selain hal kerja yang kena difikirkan, kita juga mesti fikirkan keluarga.
“Banyak perkara yang biasa dilakukan dulu ketika bujang seperti membeli-belah barangan kegemaran juga harus dilepaskan demi kebaikan bersama.
“Saya juga mempunyai pengalaman apabila ramai rakan yang terpaksa mengambil keputusan berhenti kerja kerana tidak ada pilihan lain apatah lagi sekiranya mereka ada lebih daripada seorang anak,” katanya
Nasihatnya, pengurusan masa berkualiti antara kerjaya dan rumah tangga amat penting bagi wanita yang berkerjaya. Emosi juga perlu bijak dikawal untuk menguruskan kedua-dua perkara ini agar ia bergerak seiring.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































