Thursday, 18 April 2013

Latih Anak Fasih Berbahasa Inggeris / Bahasa Asing - Bahagian 1

0 comments
 
 
 
Kata orang, hati kanak-kanak ini terang. Mereka mudah ingat dan cepat menghafal. Ramai ibu bapa yang mula mendedahkan anak-anak mereka dengan bahasa asing misalnya seperti bahasa Inggeris. Persoalannya sejak usia bilakah is harus dimulakan? Mari kita ikuti panduan bagaimana melatih anak-anak agar fasih berbahasa asing.
 
Anak kecil ibarat kain putih yang suci dan bersih. Minda mereka terbuka luas untuk diisi. Anda sebagai ibu bapa bertanggungjawab mencorakan "kain putih" itu dengan "warna-warni". Minda kanak-kanak disifatkan sangat cerdas dan mudah menerima sebarang ilmu yang dipelajarinya etiap hari.
 
Menurut pakar bahasa Profesor Fred H. Genesee, semakin awal usia kanak-kanak belajar bahasa asing, semakin mudah untuk mereka menguasai bahasa itu. Kanak-kanak lebih cepat menerima bahasa yang dipelajarinya tanpa banyak kesukaran berbanding orang dewasa. Selain itu, pakar neurologi Dr. Eric H. Lennenberg pula berpendapat, sebelum mencapai usia baligh otak kanak-kanak memang mudah dilentur.
 
Usia enam tahun adalah usia emas atau paling ideal untuk belajar bahasa asing elain bahasa ibunda. Dalam usia ini otak mereka sangat mudah untuk menerima sehingga proses penyerapan bahasa mampu berlangsung dengan sangat lancar. Tambahan pula, daya penyerapan bahasa mereka berfungsi secara automatik.
 
Pendedahan Awal
 
Memadai dengan pendedahan terhadap bahasa tertentu, misalnya memberikan mereka kebebasan untuk bergaul dengan rakan-rakan yang fasih menggunakan bahasa asing selain daripada bahasa ibundanya. Dengan mudah kanak-kanak boleh menguasai bahasa tersebut. Masa emas ini nyata tidak lagi dimiliki oleh orang dewasa. Walau bagaimanapun, ia bukan bererti orang dewasa tidak mampu menguasai bahasa asing.
 
Menerusi kajian tentang perkembangan minda kanak-kanak, tempoh terbaik untuk mengajar kanak-kanak ini untuk menguasai bahasa asing adalah daripada usia 6 hingga 15 tahun. Kanak-kanak yang didedahkan dengan pertuturan bahasa asing sebelum usia 15 tahun mampu menguasai bahasa asing itu sama seperti penutur aslinya.
 
Kejayaan
 
Satu kajian telah dijalankan oleh Fathman iaitu pakar bahasa dari Amerika Syarikat. Beliau melakukan pemerhatian kepada 200 kanak-kanak beruia 6 hingga 15 tahun yang belajar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah mereka.
 
Kajiannya mendapati, kanak-kanak yang lebih muda (usia 6 hingga 10 tahun) lebih mudah menguasai tatabahasa Inggeris. Sedangkan kanak-kanak yang lebih tua (usia 11 hingga 15 tahun) lebih cenderung menguasai struktur kata.
 
Demikian adalah serba sedikit info yang boleh diaplikasikan oleh para ibu bapa dalam mendidik anak mereka berbahasa asing. Untuk Bahagian Kedua yang akan datang, Insyaallah kita akan memberikan sedikit tip untuk mengajar anak-anak berbahasa Inggeris.
 
Sekian dari kami.


Leave a Reply

Labels