Monday, 29 April 2013
Mengantuk?
Atasi Mengantuk ketika Belajar
Tanam objektif yang jelas dalam belajar.
Pasang betul-betul niat. Kenapa perlu belajar dan untuk apa anda belajar. Kalau tersasar, betulkan balik. Bila dah pasang niat elok-elok, tanam pulak dalam hati. Set dalam minda yang anda perlu belajar untuk mencapai matlamat tersebut.
Lakukanlah dengan minat.
Adanya minat, semua kerja 'jalan'. Tak percaya cuba sendiri. Mula-mula kena kenal, baru boleh minat kan? Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Buatlah apa sahaja, asalkan anda jadi lebih bersemangat untuk belajar. Masing-masing ada cara tersendiri.
Belajar dalam jangka waktu yang pendek.
Pendek? Singkat. Sekejap. Lebih daripada 30 minit, automatik sekeliling jadi kabur-kabur. Untuk hilangkan mengantuk tersebut, berhenti sejenak. Buatlah apa-apa hobi anda. Kalau anda suka main game, mainlah, yang penting dapat semangat balik untuk belajar, bukan teruskan main game.
Dapatkan tidur yang cukup
Tidur yang cukup akan memastikan anda tidak mengantuk. Tidak cukup tidur akan menyebabkan otak letih. Otak yang letih sukar untuk memproses segala maklumat yang dihantar kepadanya dengan berkesan.
Minum air kosong
Amalkan minum air masak setiap hari sebab tubuh yang kekurangan air akan cepat merasa letih. Sudah letih datanglah mengantuk. Letakkan sama air mineral di sebelah meja belajar anda, air ni selalu jadi penenang bila kita gelisah.
Ingat emak ayah
Kebanyakan orang akan sedar bila ingat mak ayah. Ingat ibu yang mengandung, ayah yang membesarkan, hati mesti jadi terusik. Tak ada seorang anak yang sanggup untuk mengabaikan impian besar ibu dan ayahnya. Ingat pengorbanan mereka masa kecil-kecil. Percayalah, semangat anda tak akan luntur bila jiwa mereka sentiasa bersama anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































