Monday, 29 April 2013

Nak Muda?

0 comments



Jadi lebih Muda dengan Makan Ikan


Kajian terbaru menemui kebaikan Omega-3 dalam ikan mampu untuk mengesan masalah DNA rapuh atau telomeres sekaligus membantu anda untuk kelihatan lebih muda. Masalah telomeres adalah satu keadaan yang berkaitan dengan proses penuaan yang berlaku secara semulajadi.


Stress, kanser dan kurang melakukan aktiviti sihat luaran seperti berlari, bersenam dan berolahraga juga boleh menyebabkan proses kerosakan sel-sel tubuh berlaku dengan lebih cepat.


Bagi mengelakkan masalah ini, Omega-3 yang ditemui dalam ikan adalah penyelamat anda. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Ohio State University, para saintis berpendapat Omega-3 dalam ikan seperti salmon perlu diambil dalam setiap menu makan anda. Sama ada menu makan malam anda, siang atau semasa anda menikmati hidangan luar rumah.


Selain itu, pengambilan supplemen tambahan Omega-3 juga dapat membantu dan mengaktifkan pertahanan antioksidan tubuh terhadap Telomeres malah ia juga dapat membantu menentang radikal bebas.





Leave a Reply

Labels