Tuesday, 30 April 2013
Serangga Paling Mebahaya
5 Serangga Paling Merbahaya di Dunia
No 1 : Nyamuk
Serangga kecil ini merupakan serangga paling berbahaya di dunia. Dengan bentuk fizikal yang kecil ia mampu mencetus wabak yang membunuh jutaan umat manusia saban tahun di seluruh dunia. Anda mungkin kenal dengan penyakit demam denggi, cikungunya, dan Malaria. Nyamuk Anopheles antara paling berbahaya di dunia yang menjadi agen kepada penyakit demam Malaria, di seluruh dunia sejak ianya dikenal pasti sudah membunuh 30 juta manusia di seluruh dunia. Maka tidak hairanlah serangga kecil ini akan terus kekal sebagai serangga pembunuh no 1 di seluruh dunia. Juga sebagai peringatan buat manusia, serangga kecil ini adalah pembunuh senyap paling handal di dunia, walaupun pelbagai kaedah dan cara dilakukan, ianya masih berada di rangking pertama, mengigit dan menghisap darah tanpa kesan atau sakit yang ketara namun membawa wabak pembunuh yang sangat ditakuti.
No 2 : Lalat Tsetse
Hanya didapati dibenua Afrika. Lalat ini merupakan serangga penghisap darah.Namun masalah yang paling besar lalat yang mempunyai fizikal seperti lalat rumah ini merupakan vektor atau pembawa penyakit tidur atau pun trypanosomiasis Afrika. Penyakit ini sebenarnya adalah penyakit berkaitan dengan saraf. Pada awalnya penyakit ini berpunca dengan penyebaran protozoa trypanosoma (sejenis parasit ) yang akan menyerangkan sistem saraf, limpa dan otak manusia. Dianggarkan kematian setiap tahun di benua Afrika sekitar 250- 300 ribu ! Walaupun hanya terdapat 3 spesies yang utama lalat ini memang berbahaya kepada manusia. Namun dengan sistem kitaran hidup hanya di benua Afrika menyebabkan ia kurang dikenali di benua lain . Walaupun pelbagai kempen dan usaha dilakukan gigitan lalat ini masih banyak berlaku di benua itu.
No 3 : Kumbang Kissing (Kissing Bug )
Merupakan serangga penghisap darah. Di kenali dengan pelbagai nama, antaranya ,assasin bug kissing bug, pepijat conenose dan triatomines. Dilengkapi dengan tiub penghisap darah, kissing bug menghisap darah tanpa sebarang rasa sakit. Paling banyak ditemui di Amerika Selatan terutamanya di Brazil serta terdapat juga di Amerika Utara dan sedikit di Afrika , Australia dan Asia.Mempunyai 300 spesies di seluruh dunia. Kissing bug biasanya menghisap darah dan dikenal pasti mampu menyebarkan penyakit Chagas. Simpton awal adalah bengkak biasa di muka, diikuti dengan deman, namun jika dibiarkan tanpa rawatan penyakit ini akan merebak dan memusnahkan organ dalam badan manusia seperti jantung.Sukar untuk mendiagnosis penyakit ini pada peringkat awal dan ramai pesakit menderita puluhan tahun jika tidak dirawat dengan segera.
No 4 :Labah-labah
Labah-labah terkenal kerana gigitannya mampu memberikan kesan kesakitan yang amat kuat kepada manusia. Entri sebelum ini sudah disenaraikan 5 labah-labah paling berbahaya. Antara sudah tentunya Black Widow, Redback, Brazilian Wandering dan sebagainya, Gigitan mereka jika tidak di rawat mampu membunuh manusia
No 5 : Tebuan Gergasi Jepun ( Japanese Giant Hornet/ Asian Gaint Hornet )
Tebuan yang berasal dari Jepun ini merupakan spesies terbesar,mampu mencapai saiz sehingga melebihi 4 cm dan panjang sayap sehingga 6 cm ! Sengatannya mampu membawa venom atau bisa yang sangat menyakitkan bagi keluarga tebuan atau penyengat lain. Mampu menyegat berulang kali. Jumlah kematian di Jepun direkodkan puratanya 40 orang setiap tahun. Venom dari tebuan gergasi ini terlalu menyakitkan dan memerlukan rawatan dari hospital dengan segera, Kematian boleh berlaku , kerana venom atau bisanya boleh mencetuskan anaphylactic shock atau reaksi alahan dan merosakkan tisu badan serta menyerang sistem saraf. 30 tebuan ini mampu memusnahkan satu koloni lebah yang mengandungi 30-40 ribu lebah . Serangan tebuan ini merupakan antara masalah utama penternak lebah madu di Jepun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)































