Tarikh Keluar Writ
|
:
|
11 APRIL 2013 (KHAMIS)
|
Tarikh Notis Pilihan Raya
|
:
|
12 APRIL 2013 (JUMAAT)
|
Tarikh Penamaan Calon
|
:
|
20 APRIL 2013 (SABTU)
|
Tarikh Mengundi Awal
|
:
|
30 APRIL 2013 (SELASA)
|
Tarikh Mengundi
(Jika ada pertandingan)
|
:
|
05 MEI 2013 (AHAD)
|
Tuesday, 16 April 2013
TARIKH-TARIKH PENTING PILIHAN RAYA UMUM KE-13
Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) bakal berlangsung tidak lama lagi .Bagi menjalankan PRU Ke-13 ini, SPR akan menggunakan 8,789 Pusat Mengundi yang mengandungi 26,219 Tempat Mengundi (Saluran). Bagi maksud Hari Pengundian Awal, sebanyak 544 Pusat Mengundi dengan 882 Tempat Mengundi akan dibuka. Manakala bagiPengundian Biasa, sebanyak 8,245 Pusat Mengundi disediakan dengan25,337 Tempat Mengundi akan dibuka.
Bagi tujuan membantu SPR menjalankan PRU Ke-13, seramai 234,905 orang petugas pilihan raya akan dilantik. Untuk PRU Ke-13, sebanyak RM400 juta peruntukan telah diperolehi oleh SPR bagi menjalankan pilihan raya ini.
Para pengundi boleh membuat semakan Daftar Pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi dan saluran mengundi mereka melalui laman web SPR (www.spr.gov.my), Portal PRU Ke-13 (www.pru13.gov.my) atau melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip SPR <jarak> SEMAK <jarak> NO. KAD PENGENALAN dan hantar kepada 15888 mulai 15 April 2013. Bagi semakan melalui SMS juga, SPR telah menyediakan kemudahan tambahan seperti yang berikut:
(a) 29292 bagi pengguna Celcom;
(b) 33080 dan 22789 bagi pengguna Maxis; dan
(c) 33080 bagi pengguna Digi.
Semakan boleh dibuat dengan menaip spr <jarak> no. kad pengenalan dan hantar kepada nombor-nombor tersebut.Para pengundi juga boleh menelefon Ibu Pejabat SPR di Putrajaya (03-8885 6565) dan Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri.
Untuk maklumat lanjut , anda boleh melayari laman sesawang rasmi untuk PRU-13 iaitu http://www.pru13.gov.my/default.php . Jalankanlah kewajipan anda kepada negara, selamat mengundi ! :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































