Monday, 29 April 2013

Tentang Lelaki

0 comments



Perbezaan Antara Gay, Pondan (Mak Nyah), Lelaki Lembut, Metroseksual Dan Jambu

Gay
Mereka adalah lelaki yang mempunyai perasaan dan nafsu kepada lelaki tidak kira sama ada mereka bersifat lelaki sejati (lelaki yang tidak menonjolkan ciri ciri perempuan) atau mereka yang memang jelas secara zahir menonjolkan realiti gaya hidup mereka.


Pondan/Mak Nyah
Mereka adalah lelaki lembut & mengatakan bahawa mereka mempunyai jiwa perempuan yang terperangkap di dalam tubuh lelaki. Pondan, bapok atau nyah lebih suka berpakaian menyerupai perempuan. Kebanyakkannya secara jelas dan lansung menyukai lelaki. Golongan ini sememangnya jelas bercanggah dari fitrah kejadian mereka sebagai lelaki.


Lelaki Lembut
Nalurinya juga lurus dan suka kepada wanita. Perbezaannya adalah perwatakannya dan percakapannya yg menyerupai wanita. Namun dari segi penampilan dan pemakaian, mereka adalah lelaki yang tulen.


Lelaki Metroseksual
Mereka bukannya gay ataupun pondan. Mereka adalah lelaki sejati yang lurus (maskulin). Perbezaan mereka adalah mereka menyukai perkara-perkara yang kebiasaaannya ada pada wanita. Seperti menjaga kulit wajah dan bentuk badan. Menyukai wangi-wangian dan bedak dll. Sentiasa mengelak daripada melakukan perkara yang boleh merosakkan kecantikan mereka.


Lelaki Jambu 
Mereka sacara semulajadinya dianugerahkan wajah yang jambu, berkulit putih, rambut kemas walaupun panjang, kebanyakannya photogenik. Mereka juga menyukai perempuan namun oleh kerana wajah mereka yang kejambuan itu menyebabkan mereka disenaraikan sebagai antara lelaki gay.





Leave a Reply

Labels