Monday, 29 April 2013

Turun Berat Badan?

0 comments



Tips Menurunkan Berat Badan

1. Makan lima hingga tujuh hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan saja dapat mengawal nafsu pemakanan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.


2. Jangan tinggalkan setiap waktu makan (sarapan, makan tengah hari dan makan malam) sebab ia tetap tidak akan membantu anda menguruskan badan.


3. Kenali keperluan kalori seharian. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing.


4. Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip menguruskan badan yang paling senang. Hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, minuman coklat atau minuman ringan dengan air bebas gula. Hasilnya, anda boleh kurangkan kira-kira 10 kilogram (kg) dalam setahun.


5. Banyakkan minum air mineral. Air jenis ini tidak mengandungi kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangka masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.


6. Jangan makan buah-buahan terlalu banyak. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.


7. Inginkan perut yang kempis? Crunches atau bangkit tubi dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana otot abs masih diliputi dengan lapisan lemak. Maka, fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.


8. Seks sebagai senaman? Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan dapat mengurangkan stres


9. Ingin kurangkan satu kilogram? Anda perlu membakar atau membuang 7,700 kalori sama ada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-duanya.


10. Makanan tambahan protein adalah pilihan yang baik sebagai snek. Ia rendah kalori, mudah dibeli dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.





Leave a Reply

Labels