Tuesday, 30 April 2013

Wanita dan Politik

0 comments



Wanita Masih Kurang Berpolitik

Perwakilan wanita-wanita dalam badan-badan perundangan adalah merupakan salah satu petunjuk yang membuktikan komitmen masyarakat di dalam memperkasakan wanita. Penglibatan wanita-wanita di dalam proses-proses membuat keputusan yang berdasarkan politik boleh membantu memastikan penghapusan ketidaksamaan yang dihadapi oleh wanita-wanita.


Semenjak merdeka, bilangan calon wanita yang telah dipilih untuk memasuki badan-badan pembuat keputusan politik di Malaysia semakin bertambah, tetapi hanya pada kadar yang sederhana dan masih berada di tahap yang rendah. Pada tahun 1990, hanya 5 peratus daripada ahli-ahli parlimen terdiri daripada wanita. Bilangan ini telah berganda sebanyak 10 peratus pada tahun 1999 tetapi ia telah kekal di tahap tersebut walaupun selepas pilihanraya umum pada tahun 2004.


Dengan pendidikan di peringkat yang tinggi, yang seringkali melepasi lelaki, adalah diharapkan wanita-wanita dapat melibatkan diri dengan sepenuhnya di setiap peringkat politik.


Sumber: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat










Leave a Reply

Labels