Monday, 29 April 2013

Zaitun Ohhh Zaitun

0 comments



Buah Zaitun

Buah zaitun mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan sejak dari dulu dalam dunia perubatan. Buah zaitun langsung tidak mengandungi kolesrtol malah bertindak menguraikan kolestrol yang tepu di dalam hati (NW12). Pengambilan buah zaitun paling sesuai dalam bentuk minyak masak.


Minyak zaitun mempunyai dua lapisan molekul yang setiap satu masing-masing mempunyai frequensi berbeza. Kedua-dua lapisan ini mempunyai frequensi di bawah 200 nanometer atau menyamai sinar (seakan warna putih tetapi lebih sesuai diistilahkan sebagai "sinar"). Lapisan molekul yang pertama (lapisan luar) berfungsi untuk memecahkan kolestrol tepu atau toksik yang terdiri daripada bahan kimia seperti perasa makanan, pewarna tiruan dan pengawet makanan. Manakala lapisan dalam berperanan membawa ion elektron (bercas negatif) untuk memepertenagakan hati itu sendiri (melalui rangsangan tenaga kelenjar pineal) supaya dapat menjalankan fungsinya secara semula jadi untuk memproses protein termasuklah dalam bentuk kolestrol tepu, perasa makanan, perwarna makanan atau penahan makanan yang dimakan.


Makanan yang digoreng dengan minyak zaitun tidak lah selazat dan harum seperti masakan yang menggunakan minyak kelapa sawit. Rasanya seperti berair.


Selepas makan makanan yang digoreng atau dimasak dengan minyak kelapa sawit, mata mudah menjadi kabur (akibat hati [NW12] terbeban dengan kolestrol). Berbeza dengan minyak zaitun, setelah makan, perut terasa ringan dan pengambilan makanan terasa puas hingga seseorang akan menghentikan makan sebelum kenyang (kesan daripada penguraian tenaga di bahagian hati oleh minyak zaitun).


Minyak masak yang lain (kecuali daripada bunga matahari) apabila digunakan berkali-kali, jumlah kolestrolnya akan terokdisa dan menjadi tepu serta kehilangan banyak air. Kesannya dapat dilihat minyak tersebut memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau. Ia biasanya dipanggil tahi minyak dan masih boleh digunakan untuk memasak. Berbeza dengan minyak zaitun, ia boleh digunakan berkali-kali tanpa had. Minyak zaitun tidak akan mengalami penoksidaan, tidak akan tepu, tidak akan kehilangan air dan tidak akan berubah strukturnya dari segi perubahan warna dan bau walaupun telah digunakan berkali-kali.


Penghasilan minyak zaitun dengan cara cool compressed (tekanan sejuk) akan memastikan tenaganya terus kekal. Di pasaran, terdapat pelbagai variasi minyak zaitun. Hasil kajian daripada kaedah Colour Vibration Therapy mendapati setiap variasi tidak ada kelebihan atau kekurangan sebaliknya mempunyai keistimewaan tertentu yang unik. Minyak zaitun yang telah digunakan mempunyai ikatan molekul yang lebih halus dan amat bertenaga untuk mempertenagakan hati. Minyak yang baru digunakan mempunyai ikatan molekul yang amat mudah menguraikan toksik yang tersimpan di dalam hati.





Leave a Reply

Labels