Friday, 3 May 2013
1 bulan?
Lambat 1 Bulan
Ketika menyambut suaminya, Zubir yang pulang dari pejabat. Khaty berkata sambil tersenyum.
"Abang.. saya TERLEWAT datang bulan selama SEBULAN" kata Khaty dan menyambung.
"Tadi saya dah pergi klinik dan disahkan mengandung, tapi kita rahsiakan dulu ye."
"Baiklah" kata Zubir sambil tersenyum.
Esok paginya, seorang pekerja TNB datang dan mengetuk pintu rumah mereka. Setelah dibukakan pekerja tadi memberitahu, "Puan, anda didapati terlewat sebulan."
"Hah..?? Dari mana anda tau??" Tanya Khaty.
"Kami ada catatannya disini.."
"Haaah.. sampai ada catatan??"
Esok paginya, Zubir marah-marah di kaunter pembayaran TNB. "Bagaimana anda boleh tahu yang isteri saya terlewat satu bulan??"
"Sabar encik, kalau anda ingin catatan ini dipadam, anda hanya perlu membayar pada kami."
Dalam hati Zubir mengatakan yang orang tadi cuba meminta rasuah.
"Saya nekad tidak mahu bayar" kata zubir.
"Kalau begitu apa yang anda ada sekarang akan kami potong.!!" jawab petugas.
"Kalau apa yang saya ada sudah dipotong, habis isteri saya di rumah boleh guna apa??" tanya Zubir.
"Mungkin isteri anda boleh guna sebatang lilin." jawab petugas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)































