Monday, 13 May 2013
Amalan Mewujudkan Kasih Sayang Suami Isteri
(1) MEMBACA SURAT A-LI'IMRAN
AYAT 31
Firma Allah: Katakanlah (wahai Muhammad):"Jika benar kamu mengasihi Allah
maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa
kamu. Dan(Ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi." Apabila
sampai kepada ayat "yuhbibkumullah (nescaya Allah mengasihi kamu), maka
niatkanlah nama suami (isteri), barulah disambung dengan ayat seterusnya.
(2) MENGAMALKAN SURAT YUSUF AYAT 4
Firman Allah:"(Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada
bapanya:"Wahai ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang
dan matahari serta bulan: aku melihat mereka memberi hormat kepadaku."
(Ayat ini juga elok dibaca ketika hendak ditemuduga)
(3) UNTUK MELEMBUTKAN HATI SUAMI DAN JUGA ANAK, AMALKAN MEMBACA SURAH AL-HASYR
AYAT 21
Firman Allah:"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung,
nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada
Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat
manusia, supaya mereka memikirkannya."
(4) AYAT INI SESUAI DIBACA UNTUK MELEMBUTKAN HATI SESEORANG IAITU SURAH
ASY-SYURA AYAT 19
Firman Allah:"Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan
dan belas kasihan-Nya) kepada hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa
yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang
Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
(5) PASANGAN SUAMI ISTERI JUGA HENDAKLAH SELALU MENGAMALKAN MEMBACA SURAH TOHA.
Baca dan tiupkan di ubun-ubun anak dan suami/isteri ketika mereka tidor. Surah
ini bukan sekadar dapat melembutkan hati pasangan masing-masing serta anak,
tetapi juga memberi kesan kepada hal-hal lain. Misalnya, ketika berhadapan
dengan orang yang berdolak-dalih untuk membayar hutang, maka bolehlah dibaca
ayat ini. Ayat ini juga sesuai dibacakan pada air minuman dan ketika membasuh
beras.
(Hanya sesuai untuk pasangan suami-isteri dan anak-anak-pasangan yang halal
dari segi hukum Allah).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































