Ibu atau penjaga harus menyelia kanak-kanak semasa waktu makan, walaupun ketika mereka mempunyai selera yang baik. Ada banyak cara yang anda boleh lakukan untuk memberi galakan kepada kanak-kanak untuk makan. Di antaranya ialah:
Wednesday, 29 May 2013
Cara Menggalakkan kanak-kanak untuk makan
Ibu atau penjaga harus menyelia kanak-kanak semasa waktu makan, walaupun ketika mereka mempunyai selera yang baik. Ada banyak cara yang anda boleh lakukan untuk memberi galakan kepada kanak-kanak untuk makan. Di antaranya ialah:
· Duduk dengan kanak-kanak semasa dia makan.
Perhatikan apa yang dimakan dan berikan bantuan dan galakan semasa kanak-kanak
menikmati hidangan.
· Berikan masa kepadak anak-kanak menikmati hidangan
mereka, jangan terburu-buru. Beri ruang untuk dia bermain sedikit semasa makan.
· Beri pujian kepada kanak-kanak kerana makan dengan
baik.
· Berikan kanak-kanak makanan dalam bekas berasingan
agar dia mendapat jumlah makanan secukupnya.
· Berikan jenis makanan yang boleh dipegang atau
diambil sendiri untuk menggalakkannya berdikari, tetapi pastikan jumlah makanan
yang secukupnya diperolehi oleh kanak-kanak.
· Jika kanak-kanak memilih jenis makanan
kegemarannya, cuba campurkan semua jenis makanan lain bersama makanan
kegemarannya.
· Berikan makanan sebaik sahaja kanak-kanak berasa
lapar. Jika kanak-kanak menunggu terlalu lama untuk makan kemungkinan selera
kanak-kanak akan hilang.
· Jangan beri kanak-kanak makan jika dia mengantuk.
·
Jangan memaksa kanak-kanak untuk makan. Ini boleh
meningkatkan tekanan dan mungkin mengurangkan selera makan. Waktu makan
seharusnya tenang dan menggembirakan.
· Jangan berikan banyak minuman sebelum atau semasa
kanak-kanak menikmati hidangan kerana boleh mengganggu selera makannya.
· Bermain permainan semasa waktu makan untuk meningkatkan
lagi selera kanak-kanak untuk makan (menyanyi dan bermain).
· Gunakan sebarang kreativiti dalam menghidangkan
makanan kepada kanak-kanak. Ia penting dalam membantu merangsang selera
kanak-kanak.
· Sekali sekala bawalah kanak-kanak makan diluar. Contoh
seperti di taman permainan atau di pantai.
·
Galakkan kanak-kanak mengambil snek yang
berkhasiat. Contoh snek seperti susu, buah dan sandwich.
· Elakkan daripada memberi snek terlau dekat dengan
waktu makan utamanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)































