Cerita 1
Asri melihat kawannya, Ijal sedang membuat kopi. Kemudian memasukkan sebiji ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asri bertanya kepada Ijal..
Asri: Kenapa kau masukkan panadol ke dalam kopi tu?
Ijal: Kopi ni panas sangat, bagi panadol kurang sikit panasnya.
Cerita 2
Seorang pemburu bertembung dengan seorang singa. Pemburu berasa sangat terkejut dan tidak sempat untuk mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu menadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia pun ternampak yang singa itu turut berdoa.
Pemburu: Ahh..lega. Singa yang baik rupanya, jadi lepaskanlah aku.
Singa: Ya..seekor singa yang baik selalu membaca doa sebelum makan.
Cerita 3
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga orang lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, polis itu bertanya kepada penjaga bilik mayat berkenaan.
Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga: Lelaki pertma sedang bersanding, apabila tiba-tiba diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati akibat serangan sakit jantung manakala yang ketiga pula disambar petir.
Polis: Hah! Kenapa samabr petir pun boleh tersenyum?
Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang mengambil gambarnya..tangannya pun sedang menunjukkan tanda 'peace'.
Cerita 4
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Alias terpandang Hanif sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Hanif.
Alias: Kenapa menangis?
Hanif: Saya datang untuk ujian darah
Alias: Awak takut ke?
Hanif: Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya. (Mendengar penjelasan Hanif, Alias menangis)
Hanif: Eh, kenapa awak pula yang menangis?
Alias: Saya datang untuk ujian air kencing.
Cerita 5
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya : "Doktor, selepas memakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca seperti orang lain?" "Sudah tentu", jawab doktor. "Oh, gembiranya saya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca seperti orang lain," kata lelaki tiu dengan nada yang riang.
Cerita 6
Seorang posmen yang datang menghantar surat.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam"
"Ni rumah Encik Fuad ye?"
"Ya, sayalah En. Fuad"
"Pening kepala saya mencari alamat rumah encik ni."
"Laa..buat susah aje encik ni! Apsal tak pos je?"
Cerita 7
Tiga orang asli menaiki motosikal dan ditahan polis trafik. Namun penunggang motosikal tersebut tidak berhenti. Dengan muka tidak bersalah, penunggang itu berkata, "Tak muat da tok, kami dah bertiga!!!. Jalan dulu tok."
































