Monday, 27 May 2013
Hidup Sihat
Penjagaan Mata Secara Semulajadi
Tahukah anda bahawa mata mempunyai cara pembersihan semulajadi? Caranya
mudah sahaja, lakukan senaman mata setiap hari dengan mengerakan bola mata ke
atas, ke bawah, ke kanan dan ke kiri agar mata sentiasa cergas. Penerimaan
cahaya matahari secara terus boleh mengakibatkan kerosakan pada mata. Oleh itu,
anda harus peka terhadap penerimaan cahaya pada bola mata. Elakkan menggosok
mata dengan menggunakan jari, kerana jari yang kotor mempunyai banyak bakteria
yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Cubalah dengan menggunakan tuala
suam yang bersih. Selain itu juga, bagi memastikan mata tidak berada dalam
keadaan tegang, aturlah masa tidur anda dengan betul. Untuk kesan yang
berpanjangan, amalkan memakan makanan yang kaya denga vitamin A seperti hasil
tenusu, kunign telur, sayuran, daun salad dan lobak merah. Vitamin A juga
membantu mensintesiskan pigmen penglihatan mata dan memelihara tisu mukus yang
lembut pada mata.
Rawatan Mudah Atasi Masalah Kulit Kering
Jika anda seorang yang suka mandi lama, elakkan daripada mengamalkan
tabiat sedemikian. Jangan mandi terlalu lama malah mandilah dengan sesegera
yang mungkin. Pilihlah sabun yang mempunyai pH rendah bagi mengelakkan kulit
mudah kering. Jika perlu, gunalah minyak khusus sebagai agen pelembap ke dalam
air mandian anda. Selepas mandi, keringkan tubuh anda dengan cara menepuk-nepuk
ala kadar sahaja. Mengeringkan badan dengan cara yang kasar boleh mengakibatkan
kulit mudah kering dan menggelupas. Sekiranya anda mengalami masalah kulit
kering yang teruk, manjakan kulit anda dengan menggunakan krim atau losyen yang
bersesuaian. Seeloknya gunakan agen pelembap yang berasaskan minyak.
Khasiat Susu Segar
Jika anda tidak gemarkan meminum susu, beralihlah daripada tabiat lama
anda itu. Cubalah mengamalkan meminum susu segar kerana susu membantu tubuh
badan mendapatkan kesihatan yang optimum. Susu adalah makanan yang lengkap dan
kaya dengan khasiatnya yang tersendiri. Susu mengandungi tiga unsure semulajadi
iaitu keju, lemak dan air. Kesemua unsur ini dapat membantu pertumbuhan badan
dan kesihatan otak. Selain itu juga, susu berguna untuk mempertajamkan daya
ingatan dan paling penting, ianya juga membekalkan tenaga mental dan fizikal.
Tidak dapat dinafikan, susu secara tidak langsung dapat merawat masalah
kelemahan daya ingatan. Antara fungsi lain, susu boleh menguatkan tulang
belakang, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit mudah lupa. Segelas
susu segar mengandungi enam kelas makanan iaitu karbohidrat, lemak, protein,
semua jenis vitamin dan air. Keenam-enam unsur ini amat diperlukan oleh tubuh
badan kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































