Thursday, 23 May 2013
Hilangkan Kesan Hitam Bawah Mata
Hilangkan Kesan Hitam Bawah Mata
Hilangkan lingkaran hitam di sekeliling mata – anda boleh mencuba dengan memotong sebiji kentang lalu dihiris tipis menjadi beberapa keping. Setelah itu lekapkan hirisan kentang tersebut di sekeliling pada kedua belah mata. Biarkan ia selama 10 hingga 20 minit setelah itu cuci menggunakan air bersih.
Hilangkan kesan hitam yang berada di bawah mata – anda boleh mencuba dengan memerah lemon dalam cawan. Setelah itu sapukan perahan secara perlahan di sekitar bawah mata. Amalkan dua kali setiap hari.
Gunakan krim kontur mata – jika anda tidak mahu menggunakan petua di atas, anda boleh menggunakan krim kontur mata yang boleh didapati di pasaran. Namun, pastikan ianya adalah produk tulen dan tidak membahayakan. Ikut arahan krim tersebut untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Cukup rehat – anda hendaklah mempunyai rehat yang cukup kerana faktor masalah lebam bawah mata adalah tidak mendapat rehat yang mencukupo. Susun jadual dan tugasan anda dengan sistematik agar masa rehat anda tidak akan terganggu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































