Thursday, 30 May 2013
Ibuku BFF
My BFF : Mummy!
Ada tak di antara kamu semua yang memang lebih selesa berkawan baik dengan ibu berbanding 'strangers' atau kawan baik sendiri?
Buat yang baru memasang niat untuk menjadikan ibu sebagai teman sejati, tetapi tidak tahu macam mana caranya untuk memulakannya ? Jom REMAJA ajar kamu 4 tip untuk mulakan langkah.
MULAKAN DENGAN PERBUALAN
Dengan melakukan perbualan kamu dan ibu dapat 'mengeratkan' lagi hubungan antara satu sama lain. Jadi jangan berat mulut untuk bersembang dengan si ibu.
TONJOLKAN MINAT
Beri senyuman yang manis dan ikhlas ketika bersua muka dengan ibu. jangan sesekali kamu berkerut dan tunjuk ekspresi 'endah-tak-endah' sahaja. Tunjukan yang kamu memang berminat untuk mulakan hubungan yang lebih rapat dengannya.
SALING MENDEKATI
"Yang jauh kita dekat-dekatkan, yang dekat kita erat-eratkan". ingat pepatah ni ? jadi 'lebih' kan sedikit kesungguhan kamu untuk saling mendekati antara satu sama lain. Cuba lah kamu berdua luangkan masa bersama hanya kamu berdua. Lama kelamaan kamu akan berasa selesa di samping ibu tercinta.
TERBUKA DAN SALING MENERIMA
Cuba bersikap dan berfikiran realistik sedikit. Dalam perhubungan yang ada perbezaan umur pasti agak rumit , namun segala itu akan 'tertutup' sekirannya kamu lebih terbuka dan saling menerima ideologi masing-masing. Maklum sahaja lah, lain umur, lain pendapatnya! bukan kah begitu?
Sumber : FB Remaja
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)































