Friday, 24 May 2013
Jenis Rambut
Jenis-jenis Rambut
Rambut berminyak
Jenis rambut ini mempunyai kelenjar minyak yang bekerja secara berlebihan sehingga rambut kelihatan berminyak. Basah dan melekit kerana minyak terlalu banyak, mudah kotor sehingga membentuk rumpun rambut. Apabila menghias rambut, biasanya ia tidak kekal lama kerana strukturnya cepat berubah. Satu cara menjaga kesihatan dan kebersihan rambut dengan merawat secara rapi iaitu dengan cara mencuci rambut dengan kerap.
Rambut normal
Rambut jenis ini memiliki kelenjar minyak yang mengeluarkan minyak dengan cukup. Rambut tidak cepat kotor dan mengembang. Rawatan untuk rambut jenis ini juga mudah. Cuci menggunakan syampu dan perapi rambut bagi mengekalkan kelembapannya.
Rambut kering
Rambut ini kelihatan mengembang, kering, suram dan mudah rosak. Ini disebabkan kandungan minyak pada kelenjar lemak sangat sedikit dan kurang aktif. Rambut jenis ini mudah kusut, batang rambut akan rosak dan hujung rambut akan pecah apabila disikat. Ini biasa berlaku apabila rambut diikat kuat. Terlalu kerap menggunakan syampu dan pengering rambut juga menyebabkan rambut rapuh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)































