Tuesday, 7 May 2013

Jin : Oleh Ustaz Dato Hj. Ismail Kamus

0 comments
1) Jin Berasal dari Jan (Bapa Jin) dna gelarannya Azazil. Dcipta dari api (biru) dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.

2) Apabila Allah S.W.T memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah S.W.T melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam (Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (Tidak Islam).

4) Makanannya dari api (asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang menggunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. 

5) Tempat tinggal jin seperti awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi, tandas dan kubur.


6) Apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin."

Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin!!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, digalakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar!!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 - 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya).

* Kalau rajin..Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

11) Bentuk jin. Jin adalah makhluk yang paling hodoh/buruk, berbeza dengan manusia, cantik/lawa. Jin juga boleh membentuk dengan sebarang bentuk dengan jelmaan. Apabila di hutan berhati-hati jika berburu, jin boleh menyerupai sebarang bentuk malah manusia.

12) Apabila ada ular masuk ke dalam rumah, Nabi pesan jangan bunuh terus. Mungkin jin yang rasuk, dan menyerupai ular. Itu sebab Nabi pesan supaya mengarahkan ular itu keluar jika ia jin, sebanyak 3 kali. Selepas tiga kali tak keluar juga baru boleh bunuhnya. Sebab jin akan keluar,jika kita melarangnya.

13) Antara objektif utama jin adalah untuk mengganggu manusia. Manakala, syaitan pula untuk merosakkan aqidah manusia.

14) Mereka beranak-pinak sehinggakan nisbah manusia dan jin adalah 1: 9. Manakala bilangan malaikat pula tidak terbilang banyaknya kerana ia lebih dari bilangan pasir dan rumput.

15) Manusia mempunyai qarin (jin) dan suka ikut manusia kemana juga kita pergi.

16) Ilmu-ilmu jin adalah dilarang kita tuntut dan beramalnya. Ia dilarang oleh Islam. Banyak keburukkannya, sehingga saat mati pun susah.

17) Jika tidur di Masjid, jangan tidur di pintu masjid dan tempat imam. Sebab jin selalu datang untuk sembahyang. Dan suka ikut pintu masuk masjid (tahu ikut peraturan). 


** Para ulamak berbeza pendapat mengenai asal-usul jin, syaitan dan iblis. Hasan al-Basri berpendapat bahawa jin adalah anak iblis, manakala manusia adalah anak Adam. Sebahagian dari mereka (jin) ada yang beriman dan ada yang kafir. Yang kafir itu disebut sebagai syaitan.

** Ibnu Abbas pula berpendapat bahawa jin itu adalah anak jaan (jin). Mereka bukanlah dari kalangan syaitan. Mereka akan mati, sebahagiannya mukmin dan sebahagiannya kafir. Syaitan pula adalah anak iblis. Mereka tidak akan mati kecuali bersama iblis. 

** Qatadah berkata bahawa dari kalangan jin itu ada syaitan dan dari kalangan manusia juga ada syaitan.
 
** Al-Dumairi berpendapat bahawa yang masyhurnya ialah semua jin itu dari zuriat iblis. Mereka yang kufur dari kalangan jin disebut sebagai syaitan.

** Menurut al-Marhum Syeikh Jadul Haq Ali Jadil Haq (bekas Syeikh al-Azhar), Iblis adalah 'abu syaitan' (bapa syaitan). Jika malaikat adalah tentera Allah yang mengajak kebaikkan, iblis dan syaitan adalah sebaliknya. Mereka adalah musuh Allah yang menyeru ke arah kejahatan dan kerosakkan. Syaitan ialah golongan yang angkuh dan derhaka dari alam jin. Mereka adalah dari kalangan jin juga. 

Leave a Reply

Labels