Saturday, 4 May 2013

Kenapa Lelaki Curang

0 comments



Kenapa Lelaki Curang?

1) Sebab ada pilihan.
Lelaki yang telah berkahwin biasanya jarang punya kesempatan berkawan bebas dengan wanita seperti ketika bujang.Oleh itu,bila saja ada kesempatan atau pilihan,lelaki biasanya tak akan melepaskannya.


2) Perasaan yang terasa berasingan.
Kebiasaannya baru-baru bersama,perasaan saling memerlukan masih kuat,namun bila usia perkahwinan menjangkau ke waktu yang agak lama selalunya akan timbul perasaan bosan.Apatah lagi jika semakin lama dirasakan pasangan sukar memahami dirinya,maka lelaki biasanya mudah tertarik dengan wanita lain yang mungkin dirasakan lebih memahami.


3) Meningkatkan sifat ego.
Sifat ego yang ada pada diri lelaki sendiri kadangkala membuatkan lelaki ingin membuktikan kepada diri mereka sendiri,sejauhmana kehebatan atau pun kekuatan seks mereka.


4) Pasangan banyak kerenah.
Lelaki akan merasa jemu dan bosan bila pasangan selalu membebel,membantah apa yang dicakap atau dilakukannya.Jalan lelaki untuk keluar dari keadaan yang begini dengan mencari dan meluangkan masa dengan wanita lain yang dapat menerima segala cakap dan apa yang dilakukannya. 


5) Hubungan seks yang dingin.
Sampai pada satu tahap,terutama bila perkahwinan mencecah ke usia yang lama,lelaki akan merasa bahawa pasangan agak dingin dalam hubungan seks.Kadangkala lelaki tidak dapat melakukan seks seperti yang diinginkan,lalu akan mencari wanita lain yang boleh memenuhi keinginannya. 


6) Mahu membuktikan samada mereka boleh lepas dari kecurangan yang dilakukan.
Kebanyakan lelaki berpendapat,'apa yang tidak diketahui wanita tidak akan melukakan hatinya'.Lelaki dengan sengajanya mengikut kata hati yang mereka boleh menipu pasangan mereka tanpa diketahui.Sikap yang begini timbul dari rasa ego bahawa mereka boleh mendapatkan bukan sahaja satu,tetapi ingin memiliki seramai mungkin wanita.


7) Mencuba yang baru,berbeza dan mencabar.
Ada sesetengah lelaki ada berkata,'hari-hari makan nasi...sekali-sekala nak juga makan steak'.Kebiasaan naluri lelaki,yang baru,yang berbeza dirasakan lebih mencabar dan menyeronokkan untuk dikejar,dipikat dan dimiliki.


8) Balas dendam.
Jika pasangan mereka ada melakukan sebarang kesilapan yang menyakitkan,lelaki biasanya akan mencari jalan dan peluang untuk membalas balik.


9) Wanita sendiri yang secara tak sedar membenarkan.
Jika lelaki pernah melakukan kesalahan tetapi dimaafkan oleh pasangan,mereka selalunya akan cenderung melakukannya lagi.Ini kerana mereka tahu yang mereka pasti akan dilepaskan seperti sebelumnya.





Leave a Reply

Labels