Saturday, 4 May 2013

Kesilapan Ketika Berdiet

0 comments



Kesilapan Ketika Berdiet

1. Jumlah kalori terlalu rendah
Ramai yang memilih untuk tidak makan kerana terlalu taksub mengejar matlamat untuk langsing dan mengurangkan berat badan. Ini menyebabkan kandungan kalori dalam badan tidak memadai seperti yang diperlukan oleh tubuh. Lelaki memerlukan sekurang-kurangnya 2500 kcal kalori setiap hari manakala wanita memerlukan sekurang-kurangnya 2000 kcal setiap hari. Sebaliknya jika jumlah kalori yang masuk hanya sekitar 1000 kcal atau kurang ia akan menurunkan kadar metabolisme tubuh dan mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap anemia.


2. Batasi pengambilan kelompok makanan

Terdapat segelintir golongan berdiet membataskan pengambilan kelompok makanan tertentu. Contohnya mengamalkan diet karbohidrat, atau diet lemak. Tidak seharusnya berdiet dengan mengelakkan pengambilan karbohidrat dan lemak kerana tubuh masih memerlukannya. Masih boleh menurunkan berat badan dengan mengambil karbohidrat dan lemak tetapi perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit. Seeloknya makanlah makanan rendah lemak.


3. Kurangkan masa makan
Kesilapan paling ketara adalah meninggalkan waktu makan semata-mata kerana mahu berat badan turun dengan segera. Seharusnya kurangkan jumlah makan bukan kuantiti masa makan.


4. Tidak minum susu
Mengambil susu setiap hari amat baik dan diperlukan, terutama susu rendah lemak yang berkalsium tinggi. Ini dapat membantu menguatkan tulang dan melengkapi nutrisi tubuh.


5. Penyalahgunaan salad
Makan salad sememangnya baik untuk berdiet kerana ia mengandungi sedikit kalori atau lemak. Namun, harus berhati-hati dengan mayonis yang digunakan sebagai ramuan tambahan kerana bahan asas mayonis terdiri daripada telur dan perasa berasaskan minyak yang jika berlebihan akan merosakkan program diet anda.





Leave a Reply

Labels