Wednesday, 8 May 2013

Ketiak Berbau?

0 comments



Petua Hilangkan Bau Ketiak

Campurkan setengah camca teh kapur dengan perahan sebiji limau nipis. Sapukan campuran pada ketiak selepas mandi setiap malam.

Sapukan air kapur makan pada ketiak 2 kali sehari.

Ambil beberapa helai daun pandan, bersihkan dan tumbuk hingga lumat. Perah dan tapis jusnya. Gunakan jus pandan untuk membancuh bedak sejuk. Sapukan bedak sejuk itu pada ketiak setiap malam sebelum tidur. Lihatlah hasilnya dalam masa seminggu.

Rebus 5 helai daun sirih bersama 5 kuntum bunga kenanga dan segelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal setengah gelas. Tapis dan campurkan dengan sedikit gula merah. Amalkan meminumnya 2 kali seminggu.

Tumbuk 7 helai daun limau nipis hingga lumat. Campurkan dengan sedikit madu dan gentel-gentelkan sebesar kacang. Makan tiga kali sehari.

Setiap kali mandi, gosok kedua ketiak di lutut.

Setiap kali mandi, gosok ketiak dengan belakang tapak tangan.

Sapukan kulit pisang masak pada ketiak 15minit sebelum mandi. Kemudian basuh bersih dengan sabun.





Leave a Reply

Labels