Sunday, 12 May 2013

Kewajipan Suami Isteri

0 comments



Kewajipan Suami Isteri

KEWAJIPAN SUAMI

Suami ialah ketua keluarga. Oleh itu, suami mestilah menjaga keluarga sebaiknya. Seorang suami mestilah mengawal, membimbing, mencari nafkah, menjaga keselamatan seisi keluarga, dan banyak lagi.

Selain menyediakan segala kelengkapan material untuk keluarga, suami juga perlu memastikan jiwa setiap ahli keluarga diisi dengan didikan agama secukupnya. Ketahuilah bahawa didikan agama sangat penting. Oleh itu, sekiranya suami tidak mampu mengajar sendiri, maka carilah orang yang berkelayakan untuk mengajar isteri, anak-anak dan diri sendiri.

Dalam hal mendidik ahli keluarga, suami perlulah menggunakan konsep menjadi contoh terbaik, belas kasihan dan berakhlak mulia.


KEWAJIPAN ISTERI

Setiap isteri perlu taat pada suaminya. Segala tindakan tidak boleh membelakangkan suaminya.

Isteri juga perlu menjaga kehormatan diri dan nama baik suami ketika keluar rumah.

Isteri mestilah sentiasa kemas dan kelihatan menarik di hadapan suaminya dan mampu membahagiakan suami zahir dan batin.





Leave a Reply

Labels