Thursday, 23 May 2013
Mari Berjimat
Mari Berjimat Wahai Remaja
Cara untuk kamu berjimat cermat buat kamu yang berhasrat atau sedang menetap di rumah sewa.
1- Sesuaikan kemampuan dengan kos sewa rumah jangan sesekali berani ambil risiko kos sewa rumah lebih tinggi daripada gaji atau duit yang kamu ada.
2- Wujudkan satu buku akaun pembelanjaan rumah. Nyatakan berapa banyak duit keluar masuk setiap bulan. Cara ini akan membantu kamu untuk lebih bijak mengatur cara pembelanjaan.
3- Elakan daripada menghabiskan duit dengan membeli makanan di luar. Bukan sahaja dapat menjimatkan, malah tentu-tentu makanan yang di masak sendiri tu lebih bersih kan? Untuk lebih seronok buatlah satu 'jadual memasak' dengan kawan-kawan serumah. baru best!
4- Rancang penggunaan mesin. Sekurang-kurangnya kamu tak habiskan duit dengan hanya membayar bil elektrik sahaja kan ?
5- JANGAN TERPENGARUH DENGAN TEMAN SERUMAH YANG KAKI SHOPPING!
6- Pastikan segala peralatan elektrik di tutup selepas di gunakan.
7- Elakkan daripada menghabiskan duit untuk kos hiasan rumah.
8- Kitar semula semua kertas-kertas, majalah dan surat khabar yang ada di rumah. Bukan sahaja kamu dapat menyelamatkan dunia, malah kamu juga dapat pulangan kos! Jadi tak sia-sialah kamu membeli kan?
9- 'Tong-tong' sewaktu makan sesama rakan serumah. Contohnya membeli barang-barang dapur.
10- Elakan daripada memiliki televisyen lebih dari satu. Faham-faham sahajalah kalau dah ada dua tv, memang 24 jam pasti akan terpasang lah kan ???
11- Kurangkan penggunaan internet. Ia tidak bersangkut paut dengan broadband ataupun 'line internet'. tetapi ini melibatkan tenaga eletrik yang kamu gunakan untuk laptop, lampu, kipas dan sebagainya. Jadi bayangkan jika kamu on9 24jam.
12- Cari teman serumah yang bijak mengatur pembelanjaannya sendiri atau berjimat kerana secara tidak sengaja kamu pasti akan terikut-ikut dengan caranya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)































