Thursday, 23 May 2013

Paracetamol

0 comments



Bahaya Paracetamol

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh para profesor di Universiti Kaherah, ubat paracetamol dikatakan sebagai ubat yang paling selamat digunakan, berbanding ubat-ubatan lain di pasaran. Walaupun ia dikatakan ubat yang paling selamat, namun paracetamol tetap mempunyai kesan sampingan, lebih-lebih lagi kalau ianya diambil dalam jumlah dos yang tinggi dan tanpa kawalan. Jadi, kalaulah ubat yang paling selamat pun tetap mempunyai kesan sampingan, apatah lagi ubat-ubatan yang lain. Oleh itu, elakkan dari mengambil sebarang ubat tanpa ada preskipsi yang sah daripada doktor anda. 

Antara kesan-kesan sampingan akibat dari pengambilan jangka masa panjang ubat paracetamol ialah:

1) Hepatotoxicity (rosak hati): Sekiranya orang dewasa mengambil paracetamol sebanyak 10 g atau lebih dalam sehari, atau 5 g atau lebih sekiranya diambil oleh kanak-kanak, ia boleh merosakkan hati dan boleh membawa maut. Mereka ini memerlukan rawatan N-acetylcysteine (NAC) dengan secepat mungkin. Manakala pengambilan setiap hari paracetamol dan juga secara berpanjangan pula walaupun hanya 4 g sehari sudah boleh menyebabkan toxicity dan juga maut.

Paracetamol juga tidak boleh diberikan kepada mereka yang mempunyai penyakit hati (liver failure). Perlu diingatkan juga bahawa jangan sekali-kali memberikan paracetamol kepada mereka meminum arak ataupun mengambil ubat phenobarbitol. Kedua-duanya ialah HME inducer, dan akan menyebabkan kesan buruk kepada hati akan berganda kemudian akan menyebabkan kegagalan hati untuk berfungsi.

2) Nefrotoxicity (rosak buah pinggang). Phenacetin iaitu struktur asal paracetamol boleh mengakibatkan penyakit fatal chronic interstitial nefritis.

3) Methemoglobin dan haemolytic anaemia boleh terjadi kepada individu yang mempunyai penyakit G6PD deficiency.

4) Allergic (pada sebahagian individu).





Leave a Reply

Labels