Friday, 3 May 2013

Pelancong Jepun dan Pemandu Teksi

0 comments

Pada suatu hari seorang pemandu teksi mengambil seorang pelancong Jepun yang baru melawat Kuala Lumpur buat pertama kali. Pemandu itu membawa pelancong Jepun itu ke seluruh Kuala Lumpur.

Tiba di Midvalley Megamall, Pelancong Jepun itu bertanya, "Berapa lama masa yang diambil untuk menyiapkan bangunan ini?" Pemandu itu menjawab. "Dua tahun." Pelancong Jepun itu pun berkata dengan sombong, "Kalau di Jepun, bangunan seperti ini boleh disiapkan dalam tempoh 9 bukan sahaja."

Pemandu itu hanya senyum sahaja dan membawa pelancong Jepun itu ke tempat lain pula. Tiba di KL Sentral, pelancong Jepun itu bertanya lagi, "Berapa lama pula tempat ini disiapkan?" Pemandu itu pun menjawab, "11 bulan sahaja (cuba menipu)." Pelancong itu pun berkata, "Kalau di Jepun, tempat seperti ini hanya mengambil masa 6 bulan sahaja."

Pemandu teksi yang geram dengan pelancong Jepun yang angkuh itu memandu ke KLCC. Sekali lagi pelancong Jepun itu bertanya, "Bagaimana pula dengan bangunan ini?" Pemandu itu pun buat-buat terkejut dan berkata, "Eh, eh, semalam tak ada pun bangunan ini. Bila masa pula dibina?"

Leave a Reply

Labels