Wednesday, 1 May 2013

Rokok

0 comments



Mengapa Perlu Berhenti Merokok?

1.) Anda tidak lagi bernafas dengan oksigen tetapi dengan asap rokok.

2.) Isteri anda merayu dan melutut meminta cerai.

3.) Bila X-ray, doktor menjumpai arang batu di tempat organ dan tulang anda sepatutnya ada DAN bekalan minyak mentah dalam saluran darah anda.

4.) Anda perlu berhenti sebanyak 10 kali untuk ke kedai membeli rokok yang terletak 100 meter dari rumah anda.

5.) Setiap kali anda membuka mulut pokok mati, haiwan mati, orang mati dan jerebu melanda.

6.) Setiap kali meludah, anda meludahkan tar dan asid yang mencairkan apa apa sahaja.

7.) Anda mengamalkan makan rokok, hisap rokok, minum rokok dan tidur rokok.

8.) Separuh wang gaji anda habis membeli rokok.

9.) Setiap kali anda kentut, anda tercampak ke depan.

10.) Anda hampir nazak dek penyakit jantung, barah paru paru, ginjal rosak, otak beku dan hati hitam.





Leave a Reply

Labels