Monday, 13 May 2013

Selepas Bersenam

0 comments



Mandi Air Apa Selepas Bersenam?

Mandi Ais Selepas Senaman
Telah menjadi amalan atlet untuk terjun ke dalam air ais (12 hingga 15 darjah celsius) selepas latihan atau pertandingan sebagai satu cara pemulihan lebih cepat dan mengurangkan kesakitan otot dan kesakitan yang mana kini menjadi amalan di Majlis Sukan Negara juga. Terdapat juga atlet yang menggunakan terapi sejuk dan panas atau selang seli antara air sejuk dan air panas untuk mendapatkan kesan yang sama.


Sejauh Mana Keberkesanannya?
Secara teorinya, selepas latihan yang berat, telah berlaku mikrotrauma atau koyak-koyak kecil pada serat otot. Kerosakan yang berlaku bukan sahaja merangsang hipertropi otot bahkan dikaitkan dengan delay onset muscle soreness yang mungkin mengganggu latihan seterusnya.

Mandi air ais dipercayai memaksa keluar bahan buangan seperti asid laktik, mengurangkan aktiviti metabolisme, melambatkan proses fisiologi dan mengurangkan bengkak dan kecederaan. Terdapat juga kekurangan mandi ais terutama pada yang sedar menyasarkan bakar lemak kerana suhu yang rendah boleh mengurangkan kadar metabolisme badan.

Mandi air panas selepas mandi ais meningkatkan aliran darah dan seterusnya meningkatkan proses penyembuhan. Tidak ada protokol tertentu dicadangkan setakat ini tetapi dicadangkan rendam di dalam air ais sekitar 5 hingga 20 minit. Buat masa ini belum ada keputusan muktamad tentang kebaikan dan keburukan mandi air ais atau air panas atau kedua-duanya yang dipanggil terapi sejuk dan panas.





Leave a Reply

Labels