Sunday, 5 May 2013

Siapa Cipta Doraemon

0 comments



Siapa yang Cipta Doraemon?

Siapakah pencipta Doraemon dan rakan-rakan? Fujiko F Fujio atau nama sebenarnya Hiroshi Fujimoto dilahirkan pada 1 Disember 1933 di Takaoka, Toyama, Jepun. Beliau antara pelukis komik paling terkenal di dunia sebagaimana pelukis komik Amerika Stan Lee dan Jack Kirby.


Beliau telah bertemu dengan rakan seperjuangannya, Abiko Motoojuga seorang pelukis komik ketika di gred 5 di sekolah menengah di kawasan kelahirannya Toyama. Fujimoto amat kagum dengan kebolehan rakannya dalam bidang penceritaan komik walaupun masih muda. Bermula disaat itu mereka bergabung dan gabungan itu telah berterusan sehingga lebih 40 tahun lamaan. Padahal pada mulanya mereka hanya melukis dan menulis sebagai hobi semasa sahaja.


Pada tahun 1952, mereka telah melancarkan komik pengenalan bertajuk "Tenshi no Tamachan" dan dua tahun kemudian mereka telah berpindah ke Tokyo untuk mengejar cita-cita mereka itu sebagai kerjaya profesional. Mereka telah berguru dengan seorang lagi tokoh komik terkemuka ialtu Osamu Tezuka (yang terkenal dengan siri Astro Boy, Kimba The White Lion dan Doctor Black Jack) ketika di Tokyo sebagaimana pelukis-pelukis komik muda yang lain ketika itu. Walaupun hasil kerja Fujimoto dan Abiko sentiasa ditolak oleh gurunya kerana tidak mencapai tahap yang diberi namun mereka tidak berputus asa. Taraf mutu dan kualiti Tezuka amat tinggi sehinggakan mereka berdua tidak dapat memastikan kekurangan yang telah dibuat pada hasil kerja mereka. Namun Tezuka telah mengizinkan mereka membantu menyiapkan muka surat terakhir episod  Kimba The White Lion ketika itu.


Pada tahun 1956, mereka telah menubuhkan Shin Manga-To bersama dengan Fujio Akatsuka dan Shotaro (pencipta Kamen Rider, Kikaida dan Cyborg 009). Kumpulan yang baru dibina ini cepat serasi berdasarkan latarbelakang pengalaman dan minat yang hampir sama diantara mereka.


Pada penghujung 50an dan awal 60an, komik pengembaraan remaja ciptaan Abiko dan Fujimoto amat digemari di Jepun. Antara tajuk-tajuknya ialah Big One, Silver Cross dan Umi no Ooji. Pada tahun 1964, mereka telah menjadi penulis bersama komik Obake no Q-taroyang kemudian diangkat menjadi siri animasi popular dan mula tersebar ke serata dunia termasuk Amerika Utara dan Hong Kong. Mereka meneruskan kerjasama dibidang tersebut pada tahun 60 dan 70an yang menyaksikan terhasilnya siri-siri yang tersebar dipelusuk dunia seperti Pan Man, Kaibutsu-Kun dan Doraemon. Siri-siri tersebut telah dialih bahasa di beratus buah negara. Ada diantara siri animasi mereka diangkat menjadi lakonan TV sebenar. Antaranya ialah Ninja Hattori-kun.


Mereka pernah mengeluarkan komik untuk golongan dewasa pada era 70an tapi ianya tidak dapat menandingi komik-komik remaja ciptaan mereka sendiri. Akibat dari kegagalan tersebut, mereka mengambil keputusan untuk meneruskan komik dan siri untuk kanak-kanak dan remaja sahaja.


Pada tahun 1987, Fujio dan Abiko telah mengambil keputusan untuk berpecah dan bergerak mengikut haluan masing-masing setelah lebih 40 tahun bersama. Atas dasar setiakawan, Fujimoto menggunakan namapena Fujiko F Fujio dan Abiko pula menggunakan namapena Fujiko Fujio (A) pada karya baru mereka.


Pada 23 September 1996, Fujimoto telah menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat kegagalan fungsi organ hati. Abiko meneruskan legasi ciptaan mereka iaitu siri dan filem Doraemon sehingga kini.





Leave a Reply

Labels