Monday, 13 May 2013

Sihat Semulajadi

0 comments


Tarikan kuasa bunga
Mungkinkah anda seorang penggemar bunga dan mengharapkan pemberian bunga daripada suami, kekasih, sahabat atau sesiapa sahaja. Usahlah anda mengharapkan pemberian orang tetapi cubalah anda pergi ke kedai bunga, pilih jambangan bunga yang anda idamkan. Hiaskan bunga yang anda beli itu di ruang rumah, tentu ia memberi satu perubahan pada perasan diri anda. Mood anda akan lebih ceria, nyaman dan segala masalah akan hilang apabila anda menatap bunga tersebut. Malahan, kesegaran dan haruman bunga dapat mengubah suasana di ruang yang anda letakkan bunga itu.

Khasiat mandi air sejuk
Tatkala air sejuk membasahi badan, secara tidak langsung badan akan menggigil. Tentu sekali anda inginkan badan terasa lebih selesa di bawah pancutan air hangat. Namun, mengikut petua dan kajian klinikal, mereka yang mengamalkan mandi air sejuk pada waktu pagi dapat mengurangkan sakit tekak, demam selesema, sakit kepala atau batuk. Ini kerana air sejuk bertindak ‘mengejutkan’ sistem imunisasi dan mengaktifkan penghasilan hormon untuk keperluan tubuh secara keseluruhan, melancarkan peredaran darah dan mengawal tubuh daripada simptom-simptom penyakit tertentu. Selain itu, ia juga boleh memberi tenaga kepada mereka yang mengalami masalah keletihan, mengurangkan serangan jantung dan strok serta meningkatkan paras sel darah putih.

Leave a Reply

Labels