Tuesday, 14 May 2013

Siti Harap Video Sakinah Tiada Kaitan Dengannya

0 comments



Siti Harap Video Sakinah Tiada Kaitan Dengannya

Beberapa hari lalu, pelakon Sharifah Sakinah telah dikecam teruk di laman sosial berikutan video yang didakwa berunsur lucah yang telah dimuat naik menerusi akaun Keek pelakon, Anzalna Nasir.

Sharifah Sakinah pada mulanya telah mengajuk suara penyanyi tersohor Dato' Siti Nurhaliza di dalam video tersebut dan kemudian membuat pengakuan bahawa dia sedang memakai bra dengan seluar dalam berwarna merah.

Siti Nurhaliza yang ditemui selepas pelancaran single terbaru berjudul Galau di Menara Kuala Lumpur petang tadi berkata dia telah pun mengetahui tentang kewujudan video itu dan berharap bahawa pengakuan Sharifah Sakinah mengenai warna baju serta seluar dalamnya itu tidak akan dikaitkan dengan dirinya langsung.

"Saya sudah pun tahu mengenai video itu. Setahu saya dalam video itu, dia cuba mengajuk cara saya membuat voice over untuk iklan Jusco. Saya tidak ambil pusing tentang hal itu kerana saya anggap dia mungkin cuba bergurau. Tak tahu mengapa nama saya pula disebut, mungkin juga kerana waktu itu dia teringatkan saya.

"Saya anggap ianya gurauan 'budak-budak' dan saya harap isi kandungan yang seterusnya dalam video itu tidak ada kena-mengena dengan saya kerana saya juga tidak rasa ianya ada kaitan dengan saya," katanya ringkas selepas diminta mengulas mengenai video tersebut.

Selain membuat pengakuan mengenai warna baju dalamnya, Sharifah Sakinah di dalam video itu juga turut memberitahu bahawa dia menggodam akuan Keek Anzalna kerana mahu meraih populariti yang tinggi dan tidak sabar mahu menunggu ada pihak yang mengutuknya.


Sumber : Murai.com





Leave a Reply

Labels