Hadis Abu Hurairah r.a : Nabi S.A.W telah bersabda : "Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia sedang tidur." (Riwayat Muslim).
Tahukah kita bahawa hidung adalah salah satu anggota badan yang amat diminati oleh syaitan. Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur. Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya. Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa syaitan suka sangat dengan lubang hidung, tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur. Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi.
Cara untuk membersihkannya, berselawatlah dan gunakan jari yang kecil dan bersihkanlah secara perlahan-lahan. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita dapat menyedut udara pemberian Allah.
































