Friday, 3 May 2013

Tak Nak Mati !

0 comments


Ketika waktu rehat, seorang doktor dikejutkan oleh seseorang wanita yang menangis tersedu-sedan sambil berkata, "Saya tidak mahu mati lagi, Doktor."

Merasa kasihan, doktor kembali ke pejabatnya dan berkata "Ada apa? Cuba ceritakan masalah awak dengan terperinci."

Lalu dengan tersedu-sedan pesakit wanita itu berkata, "Doktor, jika saya menyentuh mana-mana bahagian tubuh saya, saya akan merasa sakit. Lihat ini, Doktor!" 

Kemudian wanita itu menyentuh bahagian dadanya dengan tangannya, lalu menjerit kesakitan. Dia menyentuh pula bahagian kepalanya dengan tangannya, kemudian dia menjerit kesakitan lagi. Dia terus menjerit kesakitan apabila menyentuh bahagian anggota tubuh yang lain dengan tangannya.

Lalu dengan tersenyum doktor itu berkata, "Jari tangan awak sebenarnya yang patah."

Leave a Reply

Labels