Friday, 10 May 2013

Tip Kekal Hubungan Dengan Pasangan

0 comments



Bermula dari proses berkenalan dan percintaan sehinggalah kea lam rumah tangga.

1. Kenali dan fahami kelemahan diri sendiri di samping mengenali serta mengakui kehebatan pasangan anda secara jujur.

2. Kekalkan kehebatn diri yang dikagumi oleh pasangan anda serta kekalkan pujian dan kebanggaan anda terhadap setiap kehebatan yang ditunjukkan oleh pasangan anda.

3. Akui kesilapan dan kelemahan diri serta mengamalkan konsep memohon maaf dengan penuh rela dan jujur di samping jangan mempersendakan kelemahan pasangan anda.

4. Bersikap terbuka dan bersedia menerima teguran dan kritikan dari pasangan anda di samping menegur dengan penuh rasa bertanggungjawab dan ikhlas terhadap kesilapan pasangan anda.

5. Kenalkan dan mesrakan pasangan dengan semua ahli keluarga anda serta jalinkan hubungan baik dan beramah mesra dengan keluarga pasangan anda.

6. Bentuk, jalinkan dan kekalkan persefahaman bersama di samping bersedia menghadapi apa jua kemungkinan dan perubahan dengan ikhlas dan rela.

7. Buang sikap berpura-pura, berahsia dan cemburu di samping bersedia berlaku jujur dengan sepenuh hati.

8. Buktikan rasa cinta anda dengan sikap, perbuatan atau ketrampilan diri bukannya dengan kata-kata dan jangan sesekali memaksa pasangan anda membuktikan rasa cintanya walaupun anda meraguinya.

9. Pamerkan rasa bertanggungjawab anda terhadap orang yang anda cinta dan jangan sesekali menyulitkan dan menyusahkannya.

10. Saling mempercayai antara satu sama lain, berasaskan sembilan perkara di atas dan jangan mudah percaya campur tangan orang ketiga sekiranya salah seorang tiada bersama.

Leave a Reply

Labels