Wednesday, 8 May 2013

Tips Bertudung Ayu

0 comments



Tips Bertudung

TIP 1:
Jika kita memakai baju yang bercorak atau berbunga, padankanlah dengan tudung yang mempunyai warna paling sikit di baju kamu. Contohnya,jika warna hijau paling sedikit di baju kamu,pilihlah tudung warna hijau.

TIPS 2:
Untuk penampilan yang lembut tetapi ceria dan berkeyakinan tinggi, pilihlah tudung polos atau kosong yang berwarna cerah seperti merah jambu,kuning dan biru.

TIPS 3:
Elakkan pemakaian tudung yang berwarna gelap dan kusam untuk mengelakan kamu dari kelihatan sudah berusia atau matang.

TIPS 4:
Bagi wajah yang berbentuk bulat, pilihlah tudung yang bercorak kecil dan tidak penuh. Ia adalah untuk mengelakkan wajah kamu kelihatan penuh dan tidak terurus.

TIPS 5:
Bagi yang berkulit putih,disyorkan memakai tudung berwarna hijau,ungu dan lavender untuk wajah yang lebih segar. Awas!Tudung berwarna merah jambu akan membuatkan kamu kelihatan pucat.

TIPS 6:
Bagi yang berkulit kuning langsat,pemakaian tudung berwarna biru,lavender dan merah jambu akan menyerlahkan lagi keserian wajah. Awas!Elakkan tudung berwarna hijau dan kuning supaya tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya.

TIPS 7:
Buat pemilik kulit sawo matang, warna hijau dan kuning membuatkan kamu kelihatan lebih cerah dan terang. Awas!Cuba elakkan memakai tudung berwarna kelabu gelap supaya wajah kamu tidak kelihatan kusam.

TIPS 8:
Pastikan tudung kamu dikemaskan di bawah kerongsang selepas pinkan tudung. Ia bertujuan mengelakkan lilitan tudung kelihatan seperti menggelembung.





Leave a Reply

Labels