Tuesday, 28 May 2013
Tips Jalan-jalan
Tips Untuk Bercuti
1. Elakkan waktu kemuncak. Jangan bercuti ketika musim cuti sekolah ataupun perayaan. Kerana waktu ini kos penginapan dan juga pengangkutan pasti akan meningkat. Jadi, pilihan yang tepat ialah dengan bercuti pada hari biasa. Bukan sahaja menjimatkan perbelanjaan malah memberi keselesaan kepada anda dan keluarga kerana tidak ramai pengunjung.
2. Jika anda merancang untuk bercuti diluar negara, tempahan tiket penerbangan haruslah dibuat awal bagi mengelakkan kehabisan tiket dan sebagainya. Bukan itu sahaja, tempahan tempat penginapan seperti hotel dan chalet juga harus dilakukan dengan cepat.
3. Jika anda merancang untuk bercuti dengan menaiki kenderaan sendiri pastikan anda bertolak lebih awal. Barulah perjalanan anda akan menjadi lebih lancar dan selamat.
4. Rancang percutian keluarga lebih awal, sekurang-kurangnya tiga atau empat bulan lebih awal daripada tarikh ingin bercuti. Jadi anda akan punya masa yang lebih untuk memilih destinasi, tempat penginapan dan pengangkutan yang sesuai dan menjimatkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































