Friday, 24 May 2013
Tips Memilih Perabot Rumah
Tips Memilih Perabot Untuk Rumah Anda
Kerusi dan sofa.
Pemilihannya merupakan elemen yang paling sukar memandangkan anda inginkan suatu tempat berehat menghilangkan penat bekerja selain menjanjikan keselesaan terutama kepada tetamu anda. Anda perlu memutuskan berapa luas yang dikhususkan untuk ruang tempat duduk. Kemungkinan anda memerlukan sudut bersembang yang berasingan. Di samping itu, jumlah penghuni yang tinggal di rumah anda juga harus di ambil kira. Bagaimana pula tetamu yang kerap bertandang? Berikut beberapa kategori aksesori yang boleh difikirkan.
Sofa - Termasuk juga cushion chair, sememangnya aksesori asas ruang tamu untuk membaca, menonton TV, dan melayan tetamu.
Recliner - Kerusi baring untuk merehatkan diri atau melelapkan mata sebentar.
Ottoman - Sejenis tempat duduk tanpa sandar yang selalu digunakan untuk meletak kaki.
Meja.
Meja yang anda gunakan akan mendatangkan kesan terhadap penampilan ruang tamu anda. Oleh itu, selain fungsinya yang anda harapkan, pelbagai rekabentuk meja ditawarkan yang dapat menepati tema dan citarasa anda. Biasanya, jenis meja yang boleh anda tempatkan di ruang tamu, seperti;
Meja kopi (coffee table) - Yang paling banyak fungsinya seperti untuk meletak majalah, atau hidangan ringkas.
Meja sisi (side table) - Untuk diletak di antara sofa. Biasa digunakan untuk meletak lampu, gambar dan aksesori hiasan lain.
Peralatan Media (Media center).
Anda suka menonton DVD?, sukakan permainan video?, atau suka mendengar muzik?. Jadi, memilih peralatan media untuk hiburan sangat bergantung kepada citarasa anda. Apa yang penting adalah menyesuaikannya dengan pemilihan perabot atau kabinet yang khusus agar sentiasa nampak terurus dan tersusun rapi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































